You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi Ayam Masak Kicap Dan Kentang Mudah

 Assalamualaikum 

Resepi Ayam Masak Kicap Dan Kentang Mudah  | As always, kena simpan kat sini sebab ayam masak kicap ni banyak version dan nak kena dengan tekak Lurviey bukan mudah walaupun Lurviey bukan memilih tapi cara dia komen kalah juri Master Chef . Lol.. Plan asal aku nak masak sambal telur je hari ni dan sambal ikan masin malong, tapi apakan daya blender pula rosak. Tak dapat aku nak blend cili kering aku yang dah siap rebus tu. Sebelum ni aku pernah guna rempah Mak Siti Ayam Masak Kicap, tapi Lurviey tak suka sebab berempah. Aku suka guna rempah tu, tapi Lurviey tak suka jadi kena masak sendiri punya rempah ler..

Bahan Bahan 

  • Ayam dalam 10 ketul siap goreng (as usual guna AF) 
  • Kentang yang dah digoreng (wedges cut)
  • Bawang merah 2 biji yang besar
  • Bawang putih 4 ulas
  • Halia 1 inci
  • Cili kisar 2 sudu (disebabkan kali ni aku tak de cili kisar aku guna sos cili je ganti) 
  • Kicap pekat 
  • Kicap manis
  • Kicap masin
  • Sos tiram
  • Cili api 2 biji
  • Sedikit daun limau purut
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak
  • Kiuh ayam jika perlu !

Cara-caranya 

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia 
  2. Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau dan bertukar warna. Masukkan cili api.
  3. Masukkan kicap pekat, kicap manis, kicap masin, sos tiram dan sos cili. ( pandai pandai la agak sendiri sampai kena dengan tekak korang)
  4. Masukkan sedikit air dan biarkan seketika (jangan sampai kering pula) 
  5. Masukkan kentang, ayam, daun limau purut, gaul rata. (limau purut nak naikkan bau aroma selera nak makan, fuhhh)
  6. Siap ! Tak perlu lama pun sebab ayam dah siap goreng. Agak agak kuah kicap dah meresap dalam ayam dah boleh tutup.

Lewat kami lunch hari ni. Gara gara blender tetiba pula rosak. Semalam elok je guna. Tak de angin, tak de ribut, tau tau je dah rosak tak boleh guna tadi. Adehh.. Cili kering yang aku dah rebus tu macam mana? Nak buat macam mana tu? Nak tunggu order blender kat shopee mau seminggu juga baru sampai ni.

 

 

P/S: Esok cuti boleh blogwalking !


Tag : resepi
9 Comment for "Resepi Ayam Masak Kicap Dan Kentang Mudah "

menu yg senang dan simple...
pebret jgk ni hahaha...
sekali hadap laju je sambil2 ratah ayam nya tu :p

Masakan fav yang akan buat kita makan bertambah...

Ayam masak kicap memang sentiasa disukai ramai. Anak-anak dan orang dewasa pun suka sangat!

Adoiii boleh pulak rosak blender tu ye kak naniey, cili tu simpan dalam peti elok ke? Itulah, lambat jugak kalau nak tunggu blender baru sampaii huhuhu

mudah dan cepat disediakan..good idea

Sedapnya tengok gambar ayam masak kicap tu

dah lama tak makan, ayam or daging masak kicap ni

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top