Once you choose hope, anything's possible

Resepi Ayam Goreng Cili Mudah Dan Sedap

 Assalamualaikum.. 

Resepi Ayam Goreng Cili Mudah Dan Sedap | Alhamdulillah FMCO ni rajin juga aku masak walaupun simple dan sepanjang FMCO aku belum jejak kaki keluar lagi dari blok aku ni . Aku keluar dari rumah pun untuk buang sampah kat bilik sampah dan turun ambil parcel kat box aku. Ada hari hari yang aku busy sangat memang aku masak simple je. 

Semalam brunch dengan kue teaw je. Lurviey keluar cari lauk then dah nak maghrib baru aku mula masak. Aku kalau dah malam memang malas dah nak masak . Aku masak simple je walaupun aku teringin nak makan ayam masak padang. Lama tak buat. Lurviey request nak makan ayam goreng ada cili cili hijau tu. 

Bahan Bahan 

  • Ayam digaul garam dan kunyit (7-8 ketul goreng)
  • Cili Api 5-6 biji (ikut tahap kepedasan)
  • Bawang putih 3 ulas
  • Bawang merah 2 biji yang besar
  • Kiuh pati ayam 
  • Sedikit minyak 
  • Bawang holland hiris

Cara-caranya 

  1. Bawang putih, bawang merah dan cili api ditumbuk (kalau suka halus boleh blend)
  2. Letak sedikit minyak (agak agak) tumis bahan tumbuk hingga naik bau. 
  3. Kemudian masukkan kiuh pati ayam dan letak sedikit air. Biarkan sedikit kering 
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul rata dalam bahan tumisan tadi beserta bawang holland.
  5. Siap ! Aku tak guna garam sebab dah guna kiub dan prefer guna kiub. Hehe.. 

Simple kan. Walaupun simple, licin satu periuk nasi. Haha. Bila nak kurus? Alhamdulillah bila dah stop cucuk depo ni nafsu makan aku tak de la macam sebelum ni dah berat maintain walaupun tak cecah angka yang aku nak. Oh ye, sejak ada AF ni memang aku tak goreng guna minyak dah. Ayam pun masak sekata tanpa aku perlu risau ayam tak masak lepas tu berminyak. Setakat ni memang aku guna AF untuk goreng ayam je.

Tag : resepi
7 Comment for "Resepi Ayam Goreng Cili Mudah Dan Sedap "

Menu jahat ni..buat makan bertambah..akak pun selalu buat macam ni

Dapnya... ini makan kalau tak tambah nasi tak sah ni :)

Menu simple mcm ni boleh bt nasi bertambah hege

Masakan yang simple itulah yang jadi double triple sedap!

Back To Top