You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kerabu Mangga Sedap Area Gombak Setia Taman Melati

Kerabu Mangga Sedap Area Gombak Setia Taman Melati

 

Assalamualaikum... 

Hari ni gantung kuali sebab pinggang sakit dan kepala pun pening bangun pagi tadi. Sepanjang malam Naura buat hal tak boleh nak tidur. Sabo je la ye. Kebetulan juga lauk basak ada sikit je dalam peti nak masak pun tak cukup.  

Aku cakap kat Lurviey tapau lauk je la kat Nasi Lemak Marvellous. Macam biasa lauk kegemaran aku masak lemak. Aku bagitau kat Lurviey tak kisah masak lemak rebung ke, pucuk kayu ke, pucuk paku ke, nangka ke asalkan bukan masak lemak pisang. Menu masak lemak hari ni masak lemak pucuk kayu. 

Hari ni apa mimpi Lurviey tapau kerabu mangga. Aku tanya teringin ke? Lurviey cakap biasanya selalu habis tak sempat nak rasa tapi hari ni ada banyak ni je jadi dia habiskan semuanya. Dapat banyak ni dengan harga RM3. Murah kan? 


Kerabu dia memang sedap dan pedas. Menepati citarasa aku. Cuma kerabu dia ada campur dengan mangga yang dah masak sikit. Kalau dapat yang muda semua ni memang sedap gila. Bagi tekak aku la kan. Kerabu kat Nasi Lemak Marvellous ni ada banyak pilihan juga. Kerabu ni simpan dalam peti ratah time sejuk sambil tengok movie. Fuhhhhh... Meleleh air hidung pedas dia.


Ni masak lemak pucuk kayu yang Lurviey tapau tadi. Ni pun aku dah makan dah. Masih ada banyak ni. Muat penuh dalam saucepan saiz lebih kurang 15cm. Tapau RM7 dapatlah seperiuk penuh (saucepan saiz 17cm) yang memang boleh makan sampai esok. Aku buat ratah je malam kang.. 

Nasi Lemak Marvellous ni area Gombak Setia berdekatan dengan stesen LRT Taman Melati dan juga LRT Gombak. Kat sini pilihan makanan dan lauk pauk sangat banyak. Harga bagi aku memang murah dan sedap. Setiap Sabtu dan Ahad ada busking waktu lunch. Boleh la makan sambil dengar lagu gitu. 

Kalau korang lalu kat area Gombak Setia ni memang aku recommend korang untuk lunch kat sini sebab lauk pauk dia semua sedap. Pilih je nak makan apa. Nak ikan bakar, ayam bakar ada, asam pedas ada, masak padang ada, nak sup pun ada, nak bubur pun ada. Singgah lah nak tahu sedap ke tak !

 

 P/S: Kerap sangat sakit pinggang ni pembawakan budak ke salah postur badan ni? Aku nak sapu krim yang KK bagi tak berani sebab hari tu 1st trimester. Ni dah 2nd trimester ni nak kena refer doktor next week. 



Tag : food
11 Comment for "Kerabu Mangga Sedap Area Gombak Setia Taman Melati"

menu mcm ni la yang buatkan makan nasi bertambah2, sampai mak mertua lalu belakang tak nampak. :)

sebut pasal nasi lemak marvellos ni kan, rasa kita macam nampak awak makan kat kedai tu laaa...
tapi lupa dah bila hahaha.. ekceli nampak naura tapi mcm takut salah org tu tak tegur tu...

oh dkt ni dgn umah adik
selalu ke sana jga. sedapp. kerabj mangga memangg layann kalau ada

semoga cepat sembuh ye Nani

dkt je ni dgn umah adik
blh cuba nanti
semoga cepat sembuh ye nani

nampak sedap kerabu mangga tu. susah gak nak cari yg menepati citarasa kan

Aduhai, kerabu mangga dan masak lemak pucuk paku tu dua-dua menggoda!
Moga keadaan Naniey bertambah baik. Jaga diri baik-baik ya.

Saya pun suka mangga muda lagi baru rangup. Mangga lemak lah senang cerita muda dan rangup tapi tak masam sangat. Kalau ada yang masak sikit kurang feel sikit. Boleh tahan murah lah banyak tu RM3. Kecur airliur tengok. Dah lama gak tak makan kerabu mangga. Lauk pucuk ubi kayu pun sedap. Tambah telur itik seketul dua sedap jugak :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top