You don’t have to be big. You have to be remarkable

KFC Jelly Ice Cream

 KFC Jelly Ice Cream 

Assalamualaikum... 

Kenapa aku tak pernah tahu kewujudan KFC Jelly Ice Cream ni? Rupanya dah lama ada dalam pasaran sejak beberapa tahun lepas. Kenapa aku tak pernah tahu eh? Tadi Lurviey singgah beli KFC, aku cakap nak try Golden Egg Crunch KFC sebab hari tu masa beli kebetulan Naura demam dan aku memang tak sentuh langsung sebab hilang terus selera makan. Lurviey masuk kereta hulur ais krim. Pelik pula aku tengok, sejak bila KFC ni ada jual ais krim?

Korang pernah makan KFC Jelly Ice Cream ni? Memang sedap la pekena ais krim bila panas terik ni. 

Jelly berperisa strawberi dengan ais krim vanilla di atasnya. Harga RM2 satu bekas ni. Rasanya not bad masam masam manis gitu bila digabungkan. Boleh beli lagi next time cuma kalau ais krim vanilla tu banyak mesti lagi sedap. Lol !


P/S: Turn aku pula hidung berair. Dah 2 malam tak boleh tidur lena sebab Naura buat hal time tidur. 


 

 

Tag : food
12 Comment for "KFC Jelly Ice Cream "

Alahai Naura.... jangan la buat hal ye....?

:D

Rasanya Kak Sue pernah rasa jugak.. tapi tak ingat plain atau ada ice cream jugak. Lupa dah..

Betul kan..kalau vanilla tu lagi byk konpom lagi power rasanya kan :D

Selalu kami beli jelly aiskrim KFC ni, tapi untuk Firdauslah. Pernah rasa juga, memang sedap.

Alamak, saya pun baru tahu kewujudan jelly ice cream ni. Bolehlah cuba nanti nanti.

Take care naniey. Semoga baik baik dan sihat. Aaminnn...

Hallah2. Lama tak makan aiskrim ni. Gabungan jelly strawberry dengan aiskrim vanilla tu memang sedap 😋.

Ha ah ada tapi x pernah try.. sebab kalau datang sini mesti beli benda lain aje..

yum yum sedap makan time panas ni

Akak pun x tau kewujudan menda ni kat KFC....

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top