You don’t have to be big. You have to be remarkable

Minyak Bawang Putih Legakan Batuk Dan Selsema

Minyak Bawang Putih Legakan Batuk Dan Selsema 

 

Assalamualaikum.. 

Entri aku semalam Naura dah kebah demam tapi sebenarnya semalam Naura demam semula pakej sekali dengan batuk dan selsema. Kebetulan juga semalam aku sakit pinggang sangat sangat. Lagi mencabar nak menjaga dia yang clingy bila sakit ni. Alhamdulillah hari ni dah kebah demam dan aktif seperti biasa cuma selsema masih ada dan sedikit batuk.

Naura tak pernah batuk jadi bila batuk ni yang aku risaukan adalah kahak sebab budak budak manalah reti sangat nak buang kahak. Lepas tu aku teringat masa baby aku pernah buat minyak bawang putih. Aku minta Lurviey keluar cari baby oil nak buat minyak bawang putih. 

 

Cara Buat Minyak Bawang Putih  Untuk Hilangkan Kahak 

 

 

Cara Hilangkan Kahak Baby


Nak buat minyak bawang putih ni tersangat mudah dan boleh digunakan oleh baby dan juga untuk orang tua. Sapu je atas belakang dan dada nanti kahak mudah keluar. Baby biasanya akan keluar lendir melalui muntah ataupun najis. Kalau orang tua macam papa aku, mama aku sapu atas belakang dan tepuk percussion. Iringkan papa dan kemudian kahak akan keluar dengan mudah (papa stroke, lumpuh).

Naura lepas aku sapu minyak bawang putih semalam, bila muntah memang banyak sangat lendir keluar. Puas hati aku tengok lendir lendir yang keluar tu. Bila nak tidur tu aku perasan macam hidung dia tersumbat dan nafas berbunyi sikit jadi aku sapukan sikit kat batang hidung dia, terus clear

Minyak bawang putih ni janganlah korang sapu banyak pula sebab ada orang tak tahan sebab panas. Sekian sahaja perkongsian kali ni untuk home remedy. Doakan batuk dan selsema Naura cepat hilang dan tak demam dah. 


P/S: Pagi tadi masa nak paksa Naura minum ubat sempat dia gigit tangan tangan aku sebab aku pegang ubat dan Lurviey tolong masukkan ubat dalam mulut dia.

 


Tag : nanieydom, tips
8 Comment for "Minyak Bawang Putih Legakan Batuk Dan Selsema "

Akak xde masalah ni ..tp akak selalu sakit2 badan... especially salah urat pinggang atau belikat...nak cari tukang urut bukan main susah lagi kat sini

Alhamdulillah . Berkesan juga . Semoga naura cepat sembuh

Bagus ye minyak ni, kena cuba la buat. Juju suka amal bawang putih ni. Elok!

boleh buat sendiri je kan. mmg bagus minyak bawang putih ni

Minyak bawang putih ni memang berkesan kan...
Mudah-mudahan anakanda Naura beroleh kesembuhan sepenuhnya.
Naniey pun sama, moga sakit pinggang tu berkurang.

Membantu juga ramuan ubatan orang dulu. Semoga Naura cepat sembuh. Aaaminn...

Bagus kan petua dedulu.. bawang putih memang bagus pun..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top