You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kari Kepala Ikan Merah Kenchana Dewi


 Kari Kepala Ikan Merah Kenchana Dewi 


Assalamualaikum... 

Dah lama tak makan kari kepala ikan. Last aku masak kari kepala ikan jenahak rasanya dua tahun lepas. Lepas tu aku tak masak dah. Kat rumah ni, aku sorang je makan kari. Lurviey makan sikit je. Jadi memang kurang rajin la nak masak. Di sebabkan ada isi ikan merah balance masa pantang hari tu, aku putuskan untuk masak kari je memandangkan kurang sedap kat tekak aku jika masak sup ikan. Semalam masa Lurviey pergi Giant cari barang aku minta Lurviey carikan kepala ikan merah. 

Seperti biasa, resipi enak mesti di tulis dalam blog ni sebelum hilang dan susah aku nak cari nanti. Sebelum ni aku dah tulis dalam buku tapi aku tak tahu mana hilangnya buku tu. Terpaksa tengok semula video Kenchana Dewi masak kari hari tu. 


 

KARI KEPALA IKAN MERAH SEDAP KENCHANA DEWI 

Bahan-bahannya

  • Ikan merah
  • Bawang besar 1 biji - hiris
  • Bawang putih 7-8 ulas - hiris
  • Jintan manis - 1 sudu - jika tiada jintan manis boleh gantikan dengan halba campur
  • Halba - 1 sudu 
  • Daun kari 2-3 tangkai
  • Tomato cincang 2-3 biji
  • Terung bulat 1 biji
  • Bendi - (terpulang nak banyak mana)
  • Tomato hiris 2 biji
  • Serbuk kari ikan - 4 sudu
  • Serbuk ketumbar - 1 sudu
  • Serbuk kunyit - 1 sudu
  • Serbuk cili - 1 sudu
  • Air Asam Jawa - segenggam asam jawa bersama 2 cawan air 
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-caranya

  1. Tumiskan halba dan jintan manis hingga naik bau dan kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan daun kari sehingga kekuningan
  2. Masukkan tomato yang dicincang dan masak sehingga layu. Setelah layu boleh masukkan bendi dan terung bulat beserta serbuk kari, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk cili dan sedikit air. Kacau rata sehingga pecah minyak. 
  3. Selepas pecah minyak boleh masukkan air asam jawa. Kacau rata dan rasa sebelum masukkan ikan.
  4. Setelah cukup rasa boleh masukkan ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat (adjust ikut tekak masing masing).
  5. Last masukkan tomato sebelum tutup api. Siap ! 

 Kari pekat macam ni sedap buat cicah dengan roti. Lagi lama kari ni, lagi sedap. 


P/S: Slowly ye aku balas komen korang..

 

 

Tag : resepi
5 Comment for "Kari Kepala Ikan Merah Kenchana Dewi "

Sedapnya Kari ikan tu naniey. Ratah macam tu je pun sedap.

Sedapnya kari kepala ikan...dah lama x makan la...eh..ke dah lama x masak kari kepala ikan...kena buat la weekend nanti kan...

nampak sedap pekat...
tp macam tak awal sangat ke masuk bendi tu? apa kejadian bendi lepas siap masak?

Betul tue . Kuah lekat cicah roti gardenia ni memang lajak la

Nampak mengiurkan kari tu... akak dok bayang cecah dengan roti puri ke roti Arab ke... uishhh dap dap!

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top