Once you choose hope, anything's possible

Chocolate Cheese Mousse Cake Baker's Cottage

 Assalamualaikum.. 

Chocolate Cheese Mousse Cake Baker's Cottage | Alhamdulillah rabu 25 Ogos genap tiga tahu perkahwinan  kami dan semalam ulang tahun ke 13 hubungan ni. Sebenarnya aku nak nikah pada tarikh 26 Ogos tapi disebabkan ada faktor yang tidak dapat dielakkan, kami pilih tarikh 25 Ogos ni. Di sebabkan tak boleh nak dine in mana mana musim pandemik ni, aku minta Lurviey belikan kek sahaja sebab tekak teringin nak makan kek. 

Baca: Portugese Egg Tart Baker's Cottage.

Nak pilih kek pun pening sebab aku susah sikit nak try kek yang aku tak pernah makan ni. Biasanya pilihan kek aku kek coklat atau kek keju je. Kek Chocolate Cheese Mousse ni Lurviey yang pilih.


Lapiasan kek dari bawah American chocolate cake base, cheese mousse, chocolate mousse, dan ditaburi dengan serbuk coklat gelap. Kalau tengok kat website Baker's Cottage lapisan paling bawah tu tebal juga berbanding yang aku dapat ni dan serbuk coklat gelap diatas agak banyak. 

Baca : Ayam Panggang Baker's Cottage

Rasanya sedap dan one slice sudah cukup kenyang dan muak bagi aku, cuma kurang berpuas hati sikit dengan serbuk coklat gelap yang terlalu banyak diatas dan agak pahit. Harga RM46 untuk saiz 7 bagi aku ok lah.  Alhamdulillah. 

 

P/S: 3 tahun di alam perkahwinan tak sama dengan 10 tahun alam percintaan sebab bila dah nikah ni macam macam ujian kena hadap. Aku masih di fasa pertama perkahwinan



Tag : food
5 Comment for "Chocolate Cheese Mousse Cake Baker's Cottage "

Dekat dekat anniversary kita. Happy 3rd anniversary untuk naniey dan husband. Semoga terus bahagia sampai syurga. Aaminnn...

Tak pernah lagi rasa kek chocolate cheese mousse baker's cottage. Pernah beli RV dan marble kek je.

Pernah rasa memang sedap . Kek pun moist je

Happy anniversary kak naniey dan husband! Semoga kekal hingga ke jannah! Betul tu, alam perkahwinan tak sama dengan alam percintaan kan kak naniey.

Asalam..saya follow ya..done follow

sedapnyaa...naniey..terliur saya tgk..

Back To Top