You don’t have to be big. You have to be remarkable

Mencari Syrup For Coffee Di Jaya Grocer KL East Mall


 Mencari Syrup For Coffee Di Jaya Grocer KL East Mall

 

Assalamualaikum... 

Semalam ikutkan hati aku, memang malas nak keluar. Aku prefer keluar hari orang kerja tapi sebab semalam Lurviey nak ambil barang, ajak sekali keluar untuk breakfast. Tak tahu nak breakfast kat mana jadi kami pergi ke Marvellous Nasi Lemak dan sayangnya semalam kurang sedap. Mungkin sebab pekerja baru kot.


Muka Naura yang dah kelaparan nasi lemak dan air pink (bandung). Bila dah sampai nasi lemak, nasinya lembik dan plain rasanya dan sambalnya tak sedap bagi aku. Bukan nak kutuk makanan tapi tu la. Lepas makan terus ke KL East Mall. 


Target aku nak ke KL East Mall nak cari Monin Syrup sebab aku nampak kat group kopi ada yang bagitau boleh beli kat Jaya Grocer. Semangat aku pusing satu Jaya Grocer mencari Monin Syrup tapi tak de pun. Aku ambil Vanilla Syrup ni je la, at least ada juga stok untuk aku buat latte. 


Lepas tu pusing pusing dalam mall tu dan Naura nak tengok orang main Ice Skating sebab beberapa hari yang lepas, kami ke Sunway Pyramid dan kebetulan masa pergi tu tengah ada Skate Asia 2022 Competition. Memang ralit la Naura duk tengok orang skating. Semalam pusing pusing mall dia dengan lagak seperti Amateur Photographer. Hehe.. Ada pula dua tiga orang kakak kakak, mak cik mak cik menegur melayan dia tengah ambil gambar. Haish... 

Last  but not least, selfie dengan anak anak. Lol.. Dulu pergi mall sempat juga pegang fon ambil gambar. Sekarang fon dalam beg je tak sempat nak ambil gambar. Mata kena fokus dengan 'kelasakan' Naura yang tak boleh duduk diam. 




P/S: Hari ni berkumpul rumah mama ramai ramai sebab ada perbincangan adik ipar nak tunang hujung bulan ni.



4 Comment for "Mencari Syrup For Coffee Di Jaya Grocer KL East Mall"

sedap tak vanilla syrup tu? nak cari juga klo sedap

Ciknur hari minggu kesana jga
he hee intai ank dara keja

alolo comelnya baby pipi boyot.. kiss sket utk mama ye.. tak sangka siap ada grup kopi hihi

betullah tu..bukan nak kutuk tapi kalau dah betul tak boleh diterima tu kenalah kisahkan. kita bayar dan mereka menjual. kenalah ada standard taste

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top