You don’t have to be big. You have to be remarkable

Sarapan Pagi Di Lepaq Gombak

Sarapan Pagi Di Lepaq Gombak

 

Assalamualaikum... 

Pagi semalam sebelum pergi rumah mama, singgah kat Lepaq Gombak dulu untuk breakfast. Ni kali pertama aku jejakkan kaki di Lepaq Gombak walaupun dah almost 4 tahun aku duduk kat sini. Lepaq Gombak ni sentiasa penuh dengan orang, pagi dan malam. 

DAPUR AMIEY PORT SARAPAN SEDAP DI GOMBAK

Kredit: Facebook Lepaq Gombak
 

Lepaq Gombak terletak di tepi jalan je dan nak parking tak susah pun Korang kena parking tepi jalan atau seberang jalan je. Kalau jenis nak parking betul betul depan kedai memang susah la nak dapat. 


 Antara menu yang ada di Lepaq Gombak.

Lurviey makan nasi lemak ayam goreng. Sedap katanya. Nak try kacang pool tapi habis pula. Nasi lemak siap dengan alas daun pisang ye korang. 

Aku pula cuba chee cheong fun ni. Sebenarnya nak order mi kari atau lontong, tapi kedua duanya habis. Naura macam biasa order roti canai tapi katanya kurang sedap. Fuhh pandai ye sekarang cakap kurang sedap. Suka roti canai mamak lagi. Grrr.. Chee Cheong Fun ni sedap dan portion sangat mengenyangkan cuma aku prefer chee cheong fun ni makan dengan sup. Lol.. 

Kredit: Facebook Lepaq Gombak

Makan tempat macam ni memang best. Nama pun Lepaq, memang best la kalau bujang bujang melepak waktu malam dengan persekitaran open air macam ni. Sejuk malam gitu.

Siap sarapan terus balik rumah ambil beg pakaian anak anak dan terus ke rumah mama untuk tolong mama masak. Settle juga perbincangan hal pertunangan adik ipar semalam. Tunggu masa nak pergi merisik dan bertunang je hujung bulan ni di Melaka. Semoga Allah permudahkan segala urusan adik ipar dan kami semua.


P/S: Maaf la aku slowly membalas kunjungan korang. Busy bee gitu..

 


Tag : food
11 Comment for "Sarapan Pagi Di Lepaq Gombak"

Lepak malam-malam memang best tu. Akak terliur tengok chee chong fun :)

kita almost hari2 lepaq sini bkfs hehehe

Jap uncle gugel Lepa1 Gombak jap...

Best lepak tmpt mcm ni... open air lagi.. menu pun variety... mst rasa semua nk mkn.. hehehe

pg2 kbykan kedai sarapan mesti meriah ramai kan
keramat pun sama

mmg syok la lepak open air mcm ni.. makan pun ada byk pilihan

banyak pilihan...
pandai dah naura komen ye...hati2 mommy...anak mommy dah pandai

Chee Cong fun nya best nampaaak 🤤😄. Sarapan di lapak macam nih, sering saya lakuin saat masih di Penang. Teman2 kampus yg kasih tau tempwt2 nya. Suka karena banyak pilihan makanan dalam 1 tempat , dan mostly enak2 pula

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top