Once you choose hope, anything's possible

Mi Kari The Chicken Rice Shop Sangat Sedap


 Mi Kari The Chicken Rice Shop Sangat Sedap

 

 Assalamualaikum... 

Minggu ni tiga kali aku makan mi kari bermula hari Isnin makan mi kari di HTA selepas check up Aryan dan hari Selasa mama bawa mi kari dari Lepaq Gombak dan kemudian hari Khamis aku makan di The Chicken Rice Shop Melawati Mall. Macam mana tak gemuk, asyik makan je. πŸ˜…

Masa aku makan ni minyak macam lebih sikit πŸ˜”tapi rasa tetap tak mengecewakan

Setakat ni Mi Kari TCRS yang paling sedap dan padu. Aku pernah cuba mi kari Marrybrown tapi sangat menghampakan. Disebabkan kali pertama cuba dah hampa, maka aku takut untuk mencuba kali kedua. Kalau dulu aku suka makan Mi Kari Uncle Chili kat Amcorp Mall tapi Uncle Chili dah lama tutup. Sedih jap sebab ni la tempat aku dating dengan Lurviey dan lepak dengan best friend aku. 

Korang area KL/Selangor cuba cadangkan tempat Mi Kari yang sedap pernah korang makan. Mana tau dekat je dengan aku, boleh aku cari. Hehe.. 

 

 P/S: Semoga bulan ni banyak la sikit entri blog aku ni. Banyak cerita tapi tak sempat nak mengarang. 

 

 

Tag : food
10 Comment for "Mi Kari The Chicken Rice Shop Sangat Sedap"

Wow... Tak pernah makan mi karinya.. selalu mesti makan nasi ayamnya je πŸ˜‚ Buleh try ni.. huhu... Nona kureng sikit mi kari .. tapi leh la layan sesekali..

Setuju...memang sedap....SA pun suka

Nampak sedaaap mie kari nyaa 😍. Kalo di Jakarta biasa yg dipakai beehoon, bukan mie. Kuahnya biasa pakai kari bebek. Kalo saya ke KL lagi, nak Coba mie kari ini 🀀😍

tgk kuah dia pun nampak pekat tu patut la sedap

lamanya tak makan mee kari.. sedap tgk kuahnya yg pekat

Kecur tengok mi karinya. Penuh mangkuk. Tak pernah lagi cuba mi kari The Chicken Rice Shop. Kalau order makanan mesti order BBQ Chicken noodles wantan mi tu. Nanti boleh cuba mi kari pulak lah.

Back To Top