You don’t have to be big. You have to be remarkable

BN Youth Job Fair 2011

Salam Semua...

Sapa kat sini masih belum dapat keje or sedang mencari keje or nak tukar keje moh le kite ramai ke BN Youth Job Fair 2011 yang akan di adakan:

Tarikh: 18,19,20 November 2011
Tempat: Putra World Trade Centre (PWTC)

Kat bawah ni outcome from BN Youth Job Fair 2011 yang telah diadakan pada awal tahun ini.BN Youth Job Fair merupakan Karnival Kerjaya Terbesar di Malaysia. Nak tahu positif ke tak baca la berita kat bawah yang dipetik dari web bnjobfair.my.

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Dalam tempoh sebulan BN Youth Job Fair yang berlangsung pada bulan Mac lalu, sebanyak 7,800 daripada 40,000 peluang pekerjaan telah dipenuhi, namun dalam masa yang sama mereka yang telah mendaftar diri akan terus mendapat peluang untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang telah ditawarkan, demikian menurut Penyelaras BN Youth Job Fair 2011, Nazir Hussin Akhtar Hussin.
"Ini merupakan satu kejayaan, kita berjaya membantu golongan yang tidak mempunyai pekerjaan ini mendapat pekerjaan yang sewajarnya selain mengelakkan mereka dari terlibat dalam gejala tidak sihat.
"Inilah peranan dan tanggungjawab Pemuda UMNO dan Pemuda BN dalam membantu golongan muda khususnya graduan menganggur untuk mendapatkan pekerjaan terbaik untuk mereka," ujarnya yang juga Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Atas tanggungjawab tersebut, katanya BN Youth Job Fair akan meneruskan kempen berkenaan ke seluruh negara bagi membantu golongan graduan dan belia yang tidak berkesempatan hadir pada BN Youth Job Fair bulan Mac lalu di Kuala Lumpur untuk mendaftar dan mencari peluang pekerjaan dalam siri-siri kempen di seluruh negara kelak.
Dalam masa yang sama, tambah beliau lagi pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, mengenai sembilan lagi inisiatif di bawah ETP yang membabitkan pelaburan sebanyak RM 2.77 billion baru-baru ini telah membuka peluang pekerjaan yang lebih besar kepada rakyat di negara ini.
Jealsnya sebanyak 36,595 peluang pekerjaan ditawarkan di bawah inisiatif tersebut.
Sehingga hari ini, kerajaan telah melancarkan 87 projek di bawah ETP sejak dari Oktober tahun lalu yang membuka peluang pekerjaan keseluruhan kepada 362,396 peluang pekerjaan baru.
"Dalam masa terdekat, BN Youth Job Fair akan berada di Institut Kemahiran MARA, Sungai Petani Kedah pada 1 hingga 3 Julai ini dan kita mengharapkan agar graduan dan golongan belia menganggur di Kedah menggunakan peluang ini untuk mencari pekerjaan yang sesuai.
"Dijangka, sebanyak 120 syarikat akan terlibat menawarkan peluang pekerjaan kali ini. Syarikat-syarikat yang terlibat dalam BN Youth Job Fair pada bulan Mac lalu tidak akan terlibat di peringkat negeri-negeri kerana mereka sudah mempunyai ramai calon yang telah mendaftar dengan mereka", katanya.
Beliau seterusnya menjelaskan pemantauan bersama dari pihak kerajaan melalui mana-mana agensi yang sedia ada atau jawatankuasa khusus harus dibentuk bagi mengenalpasti peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan ini benar-benar diisi.
"Pemantauan juga diperlukan untuk memastikan usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran seterusnya memastikan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai," ujarnya.
Tambah beliau lagi sekiranya jumlah peluang pekerjaan ini dijadikan sandaran dan berjaya diisi maka isu pengangguran di negara ini dapat diatasi dengan cukup baik.
Ini kerana tegasnya masalah utama golongan muda khususnya graduan serta pelajar lepasan SPM adalah berkaitan dengan peluang pekerjaan.
"Kepada graduan dan pelajar-pelajar lepasan sekolah yang masih belum mempunyai pekerjaan yang tetap diharapkan sentiasa peka dengan perkembangan semasa.
"Mereka perlu senantiasa mencari dan mendapatkan maklumat-maklumat terkini dengan apa cara sekalipun agar peluang yang ada dapat direbut dengan baik. Mereka juga perlu bersiap sedia bukan hanya dengan kelulusan tetapi dengan mental dan fizikal serta kebolehan kendiri yang tinggi," katanya. -MediaUMNO

P/S: Jom jadi Job Hunter. Those yang akan grad this coming oct moh le kite memeriahkan PWTC.
0 Comment for "BN Youth Job Fair 2011"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top