You don’t have to be big. You have to be remarkable

Sony Ericsson Xperia PLAY

Salam Semua..

Da lama tak ushar gadget baru after guna iPhone.. Ari ni tergerak hati nak ushar hot gadget kat pasaran.Wah nampaknya ada latest edition from Sony Xperia.

Sony Ericsson Xperia Play

SONY Ericsson Xperia PLAY yang merupakan telefon pintar Android diperakui pihak PlayStation bahawa ia mampu memberikan pengalaman permainan video dalam genggaman yang baharu buat penggemar peranti itu.

Penggemar telefon pintar tidak hanya memiliki peranti canggih berkenaan untuk memudahkan tugasan harian ataupun berhubung dengan orang tersayang.Peranti serba canggih itu turut dijadikan sebahagian daripada medium hiburan mereka untuk menonton video, mendengar muzik, merakam imej malah bermain permainan video apabila mempunyai masa terluang.

Ia yang menggunakan platform Android versi 2.3 Gingerbread dengan pemproses Scorpion ARMv7 1 gigahertz (GHz) bukan sahaja menarik dan menepati cita rasa penggemar peranti teknologi berkuasa tinggi malah dapat memberi hiburan pada tahap optimum kepada pengguna.

Telefon pintar yang didatangkan dengan butang kawalan permainan hampir sama dengan PlayStation ini tentu sekali dapat memberikan pengalaman baharu kepada pengguna telefon pintar dalam bermain permainan kegemaran mereka.Dalam pada itu, pengenalan butang kawalan permainan juga akan memudahkan lagi pengguna yang sudah biasa dengan permainan konsol PlayStation.

Model Xperia PLAY mempunyai skrin sentuh yang luas dan menggunakan teknologi LCD Capacitive. Ia memberikan paparan lebih jelas dan berkualiti terutamanya apabila pengguna bermain permainan.
Dengan menggunakan telefon pintar ini, pengguna juga boleh memcuba lebih banyak permainan yang ditawarkan di pasaran dengan melalui aplikasi Get Games. Aplikasi ini menyediakan pelbagai koleksi permainan menarik yang hanya menunggu dimuat turun oleh pengguna.

Selain daripada permainan terdapat Media Discovery yang membolehkan pengguna menonton video ataupun klip video hiburan kegemaran mereka dengan mudah.
Ia dapat menghilangkan kebosanan apabila pengguna terpaksa menunggu di tempat awam atau sebagainya.
Bagi mereka yang gemar merakam imej pula, telefon pintar itu didatangkan bersama kamera beresolusi 5.1 megapiksel untuk memberikan rakaman imej pegun lebih jelas agar dapat mengabadikan kenangan indah.
Ternyata, model Xperia PLAY mampu memberikan pengalaman baharu kepada pengguna telefon pintar masa kini yang sentiasa dahagakan kelainan pada peranti mereka.
Untuk keterangan lanjut mengenai peranti yang menyeronokkan Xperia Play ini boleh melayari laman web http://www.sonyericsson.com/

Sumber: Kosmo Online

P/S: Perasan tak ramai yang guna 2 fon da skang.
0 Comment for "Sony Ericsson Xperia PLAY"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top