You don’t have to be big. You have to be remarkable

Warga Emas Dapat Ijazah Umur 74 Tahun

Salam Semua...

Wah tetiba rasa bangga dengan En Abdul Hamid Yunos kerana berjaya mengenggam segulung ijazah pada usia 74 tahun. Tahniah di ucapkan. Menuntut ilmu tanpa mengira usia.. Umur da tua tak semestinya menghalang seseorang individu daripada menuntut ilmu. Mood aku utk sambung belajar semakin membara cuma sedang mencari tmpt yg paling best. Before this amik kaunseling so next nak tukar bidang. Perbanyakkan skill.. Ok tak? Mestilah ok kan.. Ada wang boleh belajar.



GEORGE TOWN 23 Sept. – Bagi seorang pesara tentera, Abdul Hamid Yunos, kejayaan menggenggam segulung ijazah pada usia 74 tahun adalah suatu yang amat membanggakan.
Sementelah lagi ijazah itu membuktikan kejayaan beliau menguasai cabaran terbesar iaitu perbezaan sistem pendidikan dulu dan sekarang termasuk penggunaan bahasa Inggeris yang meluas.
"Saya kurang mahir dalam bahasa Melayu dan Inggeris...banyak yang sudah berubah, tambahan pula saya tidak pernah belajar bahasa Inggeris, jadi saya perlu bertungkus lumus mempelajarinya bagi memudahkan pembelajaran,” katanya di sini hari ini.
Abdul Hamid yang ditemui selepas majlis konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM), berkata beliau juga tidak mempunyai masalah bergaul dengan golongan muda sepanjang tiga tahun di universiti itu.
Kejayaan menggenggam Ijazah Sarjana Muda Ilmu Kemanusiaan hari ini turut membakar semangat bapa kepada dua anak dan datuk kepada lima cucu itu untuk meneruskan pengajian sehingga ke akhir hayat.
Saya berhasrat menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Malaya, katanya.
Sementara itu, seorang lagi graduan ”orang lama” Abdul Banit Abdul Karim, 56, berkata beliau merancang untuk menyambung pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah sebelum berusia 60 tahun.
Beliau yang menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan juga bersyukur kerana berjaya melalui tempoh pengajian selama empat tahun tanpa banyak masalah.
"Saya mahu berkongsi kegembiraan ini bersama-sama keluarga walaupun sebelum ini terpaksa menguruskan masa untuk belajar, namun akhirnya berjaya menamatkan pengajian selepas empat tahun,” kata Pengurus Sumber Manusia Penang Port Sdn Bhd itu.
Pada sidang kelima hari ini seramai 588 graduan menerima ijazah masing-masing daripada Pro Canselor USM Tan Sri Dr M. Jegathesan. - Bernama

P/S: Nak kumpul duit nk ushar tmpt nk sambung belajar..
0 Comment for "Warga Emas Dapat Ijazah Umur 74 Tahun"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top