You don’t have to be big. You have to be remarkable

Anak Kena Sawan? Apa Yang Korang Perlu Tahu Dan Buat

Anak Kena Sawan | Apa Perlu Buat Bila Kena Sawan


Assalamualaikum

Beberapa bulan lepas Naura kena sawan. Sumpah bile ingat balik aku takut. Trauma pun ada. Baju tidur yang Naura pakai mase kena tu pun aku tak nak tengok sebab aku teringat kejadian tu. Entri kali ni aku nak share dengan korang pengalaman aku mase anak aku kena sawan. Tak sangka pulak boleh jadi kat anak aku. Selama ni Naura demam tapi masih dapat dikawal dan aku memang pantau suhu die setiap mase. Paranoid weh ! Tapi tu la... Benda nak jadi... Sedih pulak bile teringat sebab aku rase macam tak gune sampai anak aku kena sawan. 


Hari kejadian ..... tengahari....

Badan Naura dah panas tapi die macam biasa tetap aktif.. Sebelum ni pun kalau demam die tetap aktif. Jadi aku tak risau sangat cume pantau suhu die je. Gune termometer yang tembak tu.. Bile dah petang suhu die tinggi dan aku plan nak pergi WCHKL lepas maghrib nanti. Die masih aktif main, tengok Upin Ipin.. Lepas mandi aku bagi die minum susu dan die masih ok..Then die main termometer. Die dah tak larat mane dah time tu.. Aku memang dah siap nak tunggu solat maghrib je. Lepas bagi thermometer tu aku membelakangkan die jap charge fon then aku pusing balik tengok Naura dah kena sawan. Ya Allah, panik aku wehhhh.. Aku tak sangka langsung benda ni jadi kat anak aku. Dalam family aku or saudara mara mane ada sawan sawan ni. Korang tau apa buat mase panik. Aku dukung Naura dengan tudung aku pun tak sempurna asal tutup rambut je time tu terus gerak ke emergency WCHKL

Sampai terus doctor and nurse assist. Sepanjang perjalanan dari Batu Caves ke WCHKL tu berapa kali Naura kejang sebab aku letak jari aku kat mulut die. Biasalah naive ! Yang aku fikir bile sawan ni gigi pun boleh patah, lidah pun boleh putus.. Doktor ambil Naura dan baringkan atas katil baru Naura sedar. Start kena sawan hingga sampai kat emergency Naura memang lemah dan macam tak de respon bile aku panggil name die. Hanya dua tiga kali je die macam respon nak nangis bile aku panggil name die. Bile die dah sedar aku syukur sangat, Alhamdulillah. Doktor macam biasalah tanya semua benda. Then doktor ambil darah Naura dan check suhu, tekanan semua. Doktor inform kena warded sebab ni first time kena sawan. Aku ok je asalkan anak aku sihat. Register masuk ward duk depan kaunter lagi. Lurviey balik ambil barang dan baju semua then hantar. Memang ketat prosedur disebabkan Covid ni. Datang hantar barang then terus kena keluar. 

Fasiliti wad kanak kanak kat WCHKL memang selesa, siap ada kerusi katil untuk tidur. Tapi bile warded ni ada mase ke nak tidur? Aku memang tak tidur la sebab risau. Tidur tidur ayam. Suhu Naura on off. Tinggi sangat. Doktor bagi antibiotik sebab terlalu tinggi then pantau suhu macam biasa. Next check up suhu dah ok sikit, lepas tu naik balik. Tapi Alhamdulillah tak de kena sawan lagi. AKU TAK NAK DAH ! 

Daripada apa yang doktor inform, sawan ni genetik juga if ibu or bapa pernah kena sawan mase kecik dulu. Aku pun baru tahu, Lurviey kena sawan mase kecik. Haishh..Dalam family aku or sedara mara tak de benda macam ni jadi memang aku zero knowledge how to handle this matter. Sekadar general info mase belajar sekolah menengah dulu adalah. (tu pun ingat tak ingat), lol.

Aku salin semula kat sini pamplete yang aku dapat daripada doktor mase kat wad. 

Ketika Demam 

  • Lakukan mandi berjerlum - ni memang aku buat setiap kali demam dan pantau suhu Naura
  • Tanggalkan pakaian. Pakaikan baju yang nipis sahaja - ni pun aku buat juga
  • Berikan ubat paracetamol sebagaimana yang diarahkan - yang ni biasanya after balik daripada hospital baru aku bagi Naura ubat. After kena sawan ni bile aku rasa badan die panas je aku beri Naura makan ice cream. If tak ok baru aku bagi makan ubat demam. Biasanya Naura bile demam mesti tonsil die bengkak dan doktor suggest bagi ice cream.
  • Galakkan minum banyak air
  • Pasangkan kipas atau memberi udara yang baik - lepas daripada kena sawan aku beli satu lagi kipas sebab kipas kat rumah aku ni tak berapa nak kuat. kapasitor kena tukar. Tapi leceh la kipas gune remote ni. 

Oh ye, mase kat wad aku tanya doktor macam mane sawan ni boleh jadi. Doktor cakap, sawan ni jadi bile suhu terlalu panas tapi otak tak boleh nak detect suhu tu then jadi la sawan tarik. (bahasa mudah doktor nak explain).

Apa nak buat bile dah kena sawan?

  1. Kena bertenang - Ni memang tak la. Salute parent yang boleh bertenang. Doktor cakap kalau boleh ambil video, ambil je. Nanti boleh rujuk doktor. (kalau ko post kat FB mesti kena kecam lah!)
  2. Mengiringkan anak anda - mengiring sebelah kiri tau !
  3. Jauhkan barang barang merbahaya di sekitarnya. 
  4. Jangan letak apa-apa dalam mulut - NO!! even jari korang tau.. 
  5. Jangan tinggalkan anak bersendirian. 
  6. Sekiranya serangan sawan berpanjangan iaitu lebih dari 5 minit, bawa ke hospital.
Dah dapat discharge memang lega tapi sampai je rumah, panas semula. Memang membimbangkan. Aku tak tidur sampai ke pagi. Terus ajak Lurviey pergi WCHKL sekali lagi. Doktor cakap "relax la mama, bagi mase untuk antibiotik bekerja. Lagipun belum complete habis antibiotik lagi". Haishhh doktor boleh suruh aku relax pulak. Memang tak relax la sebab aku tak nak benda gini happen lagi. Doktor cakap just complete antibiotik tu, if masih tak ok kena datang balik hospital. Alhamdulillah 2 hari juga lepas dischare tu Naura baru ok dan aktif macam biasa. 

Sekian.. 
Paranoid mommy...

0 Comment for "Anak Kena Sawan? Apa Yang Korang Perlu Tahu Dan Buat "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top