You don’t have to be big. You have to be remarkable

Aku Sakit tapi Doktor Cakap Aku Sihat

Assalamualaikum

Terima kasih kepada yang singgah and meneka di entri Wordless Wednesday : Interpret The Picture.


Kalau lihat gambar kat atas ni, mesti kite fikir orang ni duk online buat research pasal penyakit kan?
Meh sini aku nk story pasal penyakit psikologi. *sekadar berkongsi secara ringkas.
It happen in our society tapi percentage die mungkin rendah.

Contoh Kes : A merasakan bahawa die mempunyai penyakit dan merasa kesakitan tersebut dan apabila merujuk kepada doktor, A disahkan sihat, normal dan tidak menghidap sebarang penyakit. 

So kes mcm ni we called it as Somatoform Disorder atau Kecelaruan Somatoform.

Kecelaruan Somatoform merupakan salah satu kecelaruan mental yang dicirikan oleh gejala-gejala somatik atau penyakit fizikal yang tidak boleh dijelaskan oleh perubatan.Mereka yang menghadapi masalah ini sering merasa bimbang mengenai kesihatan mereka kerana doktor tidak dapat mencari punca bagi masalah kesihatan mereka. 

Causes

Gangguan ini biasanya bermula sebelum usia 30 tahun dan berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki.
Pesakit yang mempunyai kecelaruan somatoform ini kelihatan seolah-oleh mengalami kesakitan. Orang yang mempunyai sejarah penderaan fizikal atau seksual lebih cenderung untuk mempunyai kecelaruan ini. Namun, tidak semua yang mempunyai masalah kecelaruan ini mempunyai sejarah penderaan. 

Symptoms

Orang yang mempunyai masalah ini sentiasa mengadu akan kesakitan  fizikal yang  mereka alami dalam jangka masa yang lama.Selalunya, aduan melibatkan kesakitan kronik dan masalah dengan sistem pencernaan, sistem saraf dan sistem pembiakan.

Gejala-gejala seperti ini sering mengganggu kerja dan hubungan, dan mereka ini juga kerap melakukan pemeriksaan dari satu hospital ke satu hospital yang lain. Antara gejala banyak yang boleh berlaku dengan gangguan somatization termasuk: sakit perut,amnesia,sakit belakang, kembung,sakit dada,cirit-birit,kesukaran untuk menelansakit kepalasakit sendiLoya dan kadangkala muntah-muntahSakit semasa hubunganSakit ketika membuang air kecil,period pain,sakit di kaki atau lengan,berdebar-debar,lumpuh atau kelemahan otot,sikap acuh tak acuh seksual,sesak nafas.

Exam and Tests

Pemeriksaan secara menyeluruh fizikal dan ujian diagnostik akan dilakukan untuk mengenalpasti penyebab sakit  fizikal. Jenis-jenis ujian yang dilakukan bergantung kepada apakah jenis simptom yang dialami.
 
Penilaian psikologi dijalankan untuk mengenalpasti kecelaruan yang berkaitan. Jika, selepas penilaian dibuat secara menyeluruh, dan  tiada punca penyakit fizikal ditemui untuk menerangkan gejala,kecelaruan somatoform boleh didiagnosis. Dan dlm kecelaruan somatoform ada plak sub-kategorinya.

Itulah serba sedikit tentang Somatoform Disorder. Kalau nak tahu lebih detail kena bukak kitab DSM (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder) la yang sering digunakan oleh pakar psikiatri, pakar psikologi dan segelintir kaunselor. DSM ni da banyak version da. Kalau dulu Gay and Lesbian di kategorikan di bawah dalam kecelaruan seksual tapi skang ni gay and lesbian telah di terima dlm masyarakat di luar negara dan bukan di Malaysia. Next week pasal lain plak aku share ok? Ilmu yg aku ada baik aku kongsi even aku tak praktik. Peace!!


P/S: Sharing is Caring. :)


10 Comment for "Aku Sakit tapi Doktor Cakap Aku Sihat"

baru ayu faham maksud sebenar..hehe

dya pernah jumpa dktor..sbb sakit pinggang tapi doktor ckp siht je..

oyeke??sweety mcm ade jek simptom2 ne..adehhh

hmmm terbaik la info ni =)

salam prkenalan

http://nlylyn.blogspot.com/

ooo ada sub kategori pulak yer....

kalau kena santau tu cmne plak?mih3

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top