You don’t have to be big. You have to be remarkable

Workout Ringkas Di Rumah Pada Bulan Ramadhan

Workout Ringkas Di Rumah Pada Bulan Ramadhan | Workout Mudah Untuk Kurus | Resistance Band Workout | Cara Squat Dengan Betul


Assalamualaikum 

Bulan puasa bulan yang dianggap paling mudah untuk kurus atau hilangkan berat badan. Jadi ramai individu mengambil kesempatan untuk menguruskan diri di bulan puasa dan cantik bergaya di hari raya dengan cutting body yang cantik. 


Senaman apa yang mudah untuk dilakukan pada bulan puasa. Macam-macam senaman boleh buat pada bulan puasa cuma masanya perlu diubah. Kalau sebelum ni workout waktu petang tapi bulan puasa kalian boleh workout lepas solat tarawih atau satu jam sebelum berbuka. Saya prefer workout waktu malam. 


Workout mudah yang kalian boleh lakukan di rumah 


    • Squat Tanpa Beban - Kalian boleh lakukan anytime dan tak perlu nak squat sampai beratus kali. Cukup dengan 20kali 1 set. Buat setiap hari jangan skip dan tengok hasilnya nanti.Very wowww I told you. Lol.. Saya dah, kalian bile lagi. Saya masih buat squat dari hujung disember till saat entri ni ditulis. Memang dah jadi rutin setiap hari. If rasa macam malas nak workout waktu malam, boleh buat mase mandi! 

    • Plank - Senaman ni cover semua bahagian iaitu perut, kaki, tangan. Pendek kata bukan sahaja boleh cantikkan perut, kuatkan tangan, mengurangkan sakit belakang, membetulkan postur badan 




    • Workout Dengan Resistance Band - Nak toning body dengan mudah, boleh gunakan resistance band. Resistance band ni tali getah yang mempunyai panjang dan ada pemegang serta resistance yang berbeza. Revoflex Extreme merupakan salah satu alat yang boleh digunakan untuk toning perut, kaki, tangan. Dan boleh adjust resistance ikut keperluan kalian.

    Kesimpulannya, ada pelbagai jenis senaman yang kalian boleh lakukan di bulan Ramadhan ni. Sesuaikan dengan kemampuan kalian dan jangan terlalu paksakan diri. Jangan taksub nak workout sampai memudaratkan diri. Ianya bergantung pada cara kalian memaksimakan nutrisi yang di ambil, maintain pengambilan air yang secukupnya, dan physical training yang bersesuaian dengan kemampuan diri. Sekian, sahaja perkongsian saya mengenai workout ringkas di bulan puasa yang kalian boleh buat di rumah. Tak susah pun.  Kalian boleh baca - PANDUAN BERSENAM DI BULAN RAMADHAN



    1 Comment for "Workout Ringkas Di Rumah Pada Bulan Ramadhan "

    saya pernah pakai pemberat kaki ni time berlari padang main bola. Bila cabut je benda tu, kaki terus rasa ringan makin laju berlari.

    Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

    Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

    Back To Top