You don’t have to be big. You have to be remarkable

Rojak Mamak Sedap Area Setapak Indah

 Assalamualaikum 

Rojak Mamak Sedap Area Setapak Indah | Semalam lepas check up 21 bulan Naura di KK terus ajak Lurviey pergi cari rojak sotong. Lama sungguh tak makan rojak sotong mamak kat Setapak Indah tu. So far, kat situlah the best rojak mamak yang ok bagi tekak aku dan pastinya sedap. Ramai orang beli dan chinese pun ramai yang beli rojak ni tau. Paling aku suka rojak sotong. Banyak dia letak sotong tau. Memang puas hati makan, harga pun murah RM5.50 je.

Bila cuaca panas boleh pekena cendol pula. Memang sedap la tengah panas, basahkan tekak. Lega. sangat. Gambar aku share kat sini gambar 2 bulan sebelum aku bersalin. Gambar latest tak de sebab semalam aku tapau je, Sekarang memang bukan masa yang tepat untuk makan kat luar. Tapau je. Lagi lagi Naura tengah melasak memang tak la

Rojak mamak ni buka setiap hari kecuali hari Jumaat sahaja. Pak cik mamak ni meniaga dengan motor dan pacak tepi jalan. Kat jalan tu ada banyak lagi gerai makanan lain. Memang meriah sangatlah kalau korang lalu kat area Setapak Indah ni area Uptown Danau Kota tu. Untuk kelantenese yang rindu nak makan nasi kerabu sedap boleh try kedai Kak Yah Nasi Kerabu

Kak Yah Nasi Kerabu ni selain nasi kerabu ada nasi berlauk yang sedap. Fave aku singgang daging, sup daging. Tapi tak boleh la makan selalu sebab berlemak. Lepas makan boleh pekena air Thai Tea Ice, Tok Wan Balang ya ampun memang sedap.Lagi sedap dari Tealive Milktea Boba tu. Bagi aku la.. Tapi tak boleh minum selalu. Tak elok untuk kesihatan ! Hehe.. 

Nah video lama yang tak seberapa... Kalau korang area berdekatan korang wajib cuba !



Tag : food
8 Comment for "Rojak Mamak Sedap Area Setapak Indah "

almak..terus rasa nak makan rojak plak la...sedpnyaaa

aduhh sedapnya. Lama tak pekena rojak macam ni. Cici tak makan cendol, selalu lawankan dengan ABC/Air Kelapa.. hehee layannn

Lama betul tak makan rojak mamak. Suka kuahnya. Kalau beli memang siap pesan lebihkan kuah.

Baru td pekena pasembor a.k.a rojak mamak hehee :)

Susah nak jumpa rojak ini yang sedap.. Bila dapat yang sedap tu, memang puas makan..

Sedapnya rojak berganding dengan cendol. Alahaii macam lama tak pekena cendol. Teringin pulak. Cuaca panas ni dapat cendol syok gak.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top