You don’t have to be big. You have to be remarkable

Texas Chicken Kid's Meal Promotion Free Toys

 Assalamualaikum 

Texas Chicken Kid's Meal Promotion Free Toys : Menarik kan? Memang menarik pun. Promosi Texas Chicken Kid's Meal telah bermula pada bulan December tahun lepas. Aku pun sebenarnya baru tahu ada Kid's Meal kat Texas Chicken. Malam semalam ajak Lurviey pergi Texas Chicken beli Kid's Meal untuk Naura dan aku pula teringin Mexicana Burger. The only fast food burger yang aku akan repeat beli. Burger lain aku tak berapa suka. 

Untuk Menu Kid's Meal ada 4 pilihan (setiap set termasuk minuman dan kentang goreng)

  • 1pc Chicken Set RM8.99
  • 2pc Tender Set RM7.40
  • 4pc Nugget Set RM7.40
  • Classic Burgr Set RM7.80

Setiap pembelian Kid's Meal ni akan dapat percuma mainan Boboiboy . Ada 8 design semuanya. Yang aku beli semalam promosi bulan Februari, bermakna aku dah terlepas 4 design Boboiboy ni sebelum ni. 



Macam menarik pula koleksi toy Boboiboy Texas Chicken ni. Aku yang excited lebih dengan mainan ni. Naura main juga tapi belum pandai nak pusing punat then letak kat puzzle track tu la. Sekian sahaja entri kali ni. Aku nak settlekan order orang lepas tu petang nanti nak pergi rumah MIL nak bawa Naura pusing taman area rumah MIL, sambil tu boleh bakar lemak degil aku ni. Degil sungguh !

Tag : food
9 Comment for "Texas Chicken Kid's Meal Promotion Free Toys"

Wah! ada utk kids ya! boleh lawan mcd dan kfc ni hehee :)
Nasib tempat shida ada texas tp agak jauh berbnding MCd dan kfc..dekat je!

Eh..eh..menarik..anak2 buah nampak ni abis la kak SA..mesti sorang2 tarik baju siap cakap mama..mama..boleh la..boleh laa..dan selalunya Akak tewas

Eh, Texas Chicken pun ada offer kid's free toys sekarang ye? Sejak PKP dari tahun lepas, dah lama tak jejak texas chicken. Lepas habis PKP ni wajib terjah la..mengidam dah lama tak makan..

Jangankan Naniey, saya pun excited tengok toys ni :)

Saya pun baru tahu Texas ada kids meal. Jarang makan melainkan teringin honey butter biscuits dengan jalapeno bombers 😊

wahh menarik ni.. belum ada anak hehe

waa mainan boboiboy. kalau dulu syafi kecil sure dia suka

Oh baru tau texas ada kid's meal. Nampak sangat dah lama tak pergi texas.

Boleh simpan koleksi toys, bila Naura besar sikit boleh main2.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top