You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi Bendi Goreng Sedap Menggunakan Perencah Sayur Goreng ADABI

 Assalamualaikum... 

Resepi Bendi Goreng Sedap Menggunakan Perencah Sayur Goreng ADABI | Perencah sayur goreng ADABI ni dah lama dah aku beli tak aku tak guna sebab tak tahu nak masak sayur apa guna perencah ni. Petang semalam memang buntu nak masak apa untuk berbuka. Buka peti tengok ada balance bendi yang aku beli last week. Ada dalam 10 batang macam tu tapi dapat guna 6 batang je sebab 4 batang lagi tu dah tua sangat dah. Aku cari kat facebook resepi bendi goreng nak masak macam mana. Aku tak berani nak goreng sebab kalau salah nanti berlendir pula. Nasib baik tak berlendir. 


Resepi Bendi Goreng Sedap 

Bahan Bahannya

  • Bawang Putih dihiris or dicincang 
  • Lada Merah dihiris
  • Bendi dipotong 
  • Udang 4-5 ekor
  • Perencah sayur goreng ADABI
  • Sedikit minyak 
  • Air Panas secukupnya

Cara caranya 

  1. Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan lada.
  2. Kemudian masukkan udang dan perencah sayur ADABI. Gaul rata.
  3. Kuatkan api, masukkan bendi. Gaul rata. 
  4. Agak agak bendi dah nak masak, masukkan air panas. Kenapa guna air panas? Supaya bendi tak berlendir 
  5. Siap !

 

Perencah sayur goreng ADABI ni memang sedap. Rasa macam ada belacan kat dalam perencah tu, tapi Lurviey tak de pula gatal hidung semalam. Pandai pandai la korang adjust ikut citarasa anak tekak korang. Resepi ni tak perlu letak garam gula semua dah. Cukup rasa sangat dah. Cuma kalau korang terletak banyak perencah tu memang masin la. Aku guna separuh je perencah sayur goreng ADABI ni sebab bendi aku ciput je. Hehe. Lagi satu sebelum potong bendi, basuh gulu kemudian keringkan. Pastikan betul betul kering baru potong. Pisau yang korang gunakan tu pun wajib kering bagi mengelakkan bendi berlendir. Sekian sahaja perkongsian daripada aku. Update kat sini sebab kadang kadang aku lupa. Bila aku lupa, aku akan cari balik resepi kat blog ni. Hehe. Sorry belum sempat jalan kat blog korang. Busy sikit minggu ni.


Tag : resepi
4 Comment for "Resepi Bendi Goreng Sedap Menggunakan Perencah Sayur Goreng ADABI "

Akak suka masak bendi macam ni ..best kan perencah keluaran Adabi..

Memyelerakan kan . Tambah dengan udang lagi kan .

belum pernah jumpa perencah adabi yg sayur ni..
blh cari nanti..

Satu lagi cara best masak bendi, potong serong..pas tu tumbuk bawang putih dan udang kering then tumis bagi garing skit..masukkan bendi dan sos tiram...pergh...besttttt

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top