You don’t have to be big. You have to be remarkable

Beli Produk Mak Cun Di Aeon Big Wangsa Maju

Beli Produk Mak Cun Di Aeon Big Wangsa Maju

 

Assalamualaikum... 

Lama sungguh tak masuk Aeon Big Wangsa Maju. Last masuk rasanya sebelum bulan puasa tahun lepas. Lepas tu PKP, PKP, dan PKP. Semalam Naura sebut nak masuk Giant tapi mommy dah bosan nak masuk Giant, Daddy ajak pergi Aeon Big.Yang best pergi Aeon Big ni sebab kat bawah tu ada banyak kedai baju. Walaupun tak beli, cuci mata pun dah happy sangat dah ! 

 

Mari beli Produk Mak Cun  Di Aeon Big Wangsa Maju. 


Kalau sebut pasal Mak Cun rasanya ramai yang dah kenal dan suka tengok drama Mak Cun kat TV3 dulu. Mak Cun yang nak jadi usahawan kini dah ada platform dan bawa produk produk dari kampung ke luar. 

Semalam aku tengok kat rak produk Mak Cun ni ada macam macam jenis pes masakan melayu, sambal  Betty, sambal ikan bilis Umie Aida, kuah rojak dan banyak lagi. 


Aku beli apa? Aku beli serbuk ikan bilis je nak cuba.  Selain stok bilis ada juga stok daging dan juga stok ayam. Untuk stok bilis dan stok ayam Mak Cun ni harganya RM6.50 dan stok daging Mak Cun harganya RM9.


Suasana perayaan Tahun Baru Cina dah terasa bila lagu yang dipasang pun lagu cina dan adanya pokok limau ni. Aku suka betul tengok pokok limau ni. 

Yang ni pun aku geram nak beli. Tapi tu la beli bukan reti jaga pun.

 

Topup stok Kit Kat untuk Naura. Suka betul dia dengan Kit Kat ni. Tapi bukan makan selalu. Rewards untuk positive behaviour. Contohnya kalau dia makan banyak. Sebab struggle nak suruh dia makan banyak ni.

Aku bukan penggemar roti tapi Lurviey memang hantu roti. Roti gardenia kosong tu pun dia boleh makan cicah air kosong gitu je. Tapi kalau tersalah beli roti datanglah masalah gerd Lurviey. Jadi kena hati hati pilih roti.



Aku cari puff yang ada inti rendang, sardin or kari semalam tapi tak de. Bila teringin tak de pula. Grrrr.

 
Yang ni memang aku menyesal tak beli. Nak ke tak nak, nak ke tak nak sudahnya aku tak beli. Dah sampai rumah rasa menyesal betul tak beli buah bidara tu. 

Naura happy sebab dapat mainan. Dah pandai minta dah sekarang tapi masih boleh negotiate. Jangan buat perangai guling guling sudah lah. Tujuan dia nak masuk mall, nak naik troli ni je. Semalam total lost almost RM150 juga kat sini. Padahal aku tak beli banyak pun barang . Aku ambil cadbury, kit kat, jambu batu, buah oren, sos prego, mainan, pewarna rambut, kangkung seikat, stok bilis Mak Cun, dengan Apple Cider Vinegar. Roti dah bayar kaunter lain. Kalau barang dapur, barang basah ni tak tahu la berapa ratus. 


P/S: Tak dapat jalan jalan melancong ke mana mana lagi. Jadi ni je yang boleh aku ceritakan. Lol..Have a great weekend !







3 Comment for "Beli Produk Mak Cun Di Aeon Big Wangsa Maju "

cik nur pun lama x kesini. Sejak covid 19 melanda
kselalu ke eons setiawangsa dkt umah

Baru tahu ada produk mak cun kat AEON. AEON terpilih je lah kot kan. Ingatkan dia jual kat store dia je. Harga berpatutan jugak tu.

Awal dorang buat persiapan tahun baru cina kan.

Baru tahu ada produk Mak Cun di Aeon. Hari tu nampak kedai Mak Cun di area Ukay Perdana.

Menarik jugak , bolehlah singgah nanti

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top