Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Cara Buka Akaun SSPN Online

Cara Buka Akaun SSPN Online 

 

Assalamualaikum... 

Musim pandemik ke endemik dah? ni malas aku nak menapak ke PTPTN untuk buka akaun SSPN Naura. Nasib baik sekarang boleh buka akaun secara online sahaja. Jadi kenapa nak buang masa pergi ke PTPTN kalau boleh daftar online. Betul tak? Cuma bila buka akaun secara online ni korang kena ada kod eksekutif. 

Cara buka akaun sspn online
 

Nasib baik juga aku ada kawan yang kerja kat PTPTN jadi aku tanya dia je apa yang aku tak faham. Sebenarnya dah lama aku nak buka akaun SSPN untuk Naura ni cuma bila malas memang tak jadi apa la. 

Untuk sesiapa yang nak buka akaun SSPNi ni minimum hanya RM20 sahaja dan korang boleh masukkan dan keluarkan duit bila bila masa sahaja. Tapi kalau boleh tak payah la keluarkan kecuali untuk tujuan pendidikan anak anak. Dah namanya pun tabung simpanan pendidikan kan.

Apa manfaat atau kelebihan buka akaun ni? 

  1. Simpanan dijamin kerajaan. 
  2. Dividen yang kompetitif
  3. Khairat kematian RM2000
  4. Cabutan/peraduan
  5. Pelepasan cukai RM8k setahun (buka atas nama anak)
  6. Takaful percuma sekiranya simpanan RM1000 ke atas berlaku kematian kepada pendeposit SSPNi .
  7. Layak meminjam PTPTN

 

CARA BUKA AKAUN SSPN SECARA ONLINE 


Sila klik link di bawah utk :

TAMBAH SIMPANAN SSPN
https://www.ptptn.gov.my/esmas-open-acc-web/#/deposit

 BUKA AKAUN BARU
https://www.ptptn.gov.my/esmas-open-acc-web/#/openAccount
*Sila masukkan KOD EKSEKUTIF semasa membuka akaun baru :  000005369

 SEMAKAN PENYATA ONLINE
https://www.ptptn.gov.my/saving/sspnlogin.html

Sila HANTAR RESIT kepada pegawai PTPTN (korang boleh contact member aku kat bawah ni untuk buka akaun secara online) utk SEMAKAN, REKOD & RUJUKAN sebagai pegawai yang menjalankan hebahan berkaitan SSPN.

NORHAYATE RAZALI
Eksekutif Pemasaran PTPTN/SSPN
norhayate@ptptn.gov.my


Perbezaan SSPN-i dan SSPN-i plus


Mudah kan? Segalanya dihujung jari je. Klik klik dah siap. Kalau korang ada pertanyaan berkenaan Pelan Simpanan PTPTN ni boleh terus direct contact member aku kat atas tu ye. 


P/S: Hari mendung adakah petanda hujan nak turun lagi petang ni?

 

 



2 Comment for "Cara Buka Akaun SSPN Online "

Sekarang ni memang kalau apa yg boleh dibuat secara online kita online kan je…

Senang dah boleh buat secara online je. Nak menapak masuk bank nak tunggu lagi memang memenatkan dan makan masa.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top