You don’t have to be big. You have to be remarkable

Tiada Lagi Rambut Gugur Dengan Set Penjagaan Rambut Lengkap Lavoo Beauty

 Tiada Lagi Rambut Gugur Dengan Set Penjagaan Rambut Lengkap Lavoo Beauty

 

Assalamualaikum... 

Sebut pasal penjagaan rambut, aku antara orang yang kurang menitikberatkan penjagaan rambut. Kenapa? Sebab aku bertudung. Cukup sekadar shampoo tak nak rambut bau hapak dan juga tiada kelemumur. Cukup ! Tapi sebenarnya aku jealous tengok rambut orang cantik, halus, beralun, bersinar dan sihat sedangkan rambut aku kering ala ala hantu kak limah. Aku memang ada masalah rambut gugur dan lepas bersalin rambut aku gugur sangat teruk dan aku risau rambut menipis je. Alhamdulillah rambut aku jenis tebal dan lebat jadi susah sikit nak botak, cuma masalah rambut gugur tu buat aku risau. Tak kan dalam rumah pun aku nak pakai tudung kan. Sakit mata tengok atas lantai rambut berguguran jatuh. 

Hari ni aku nak kongsikan Set Penjagaan Rambut Lengkap Lavoo Beauty yang memang superb dan wow bagi aku setelah hampir sebulan aku gunakan. Kenapa la aku tak jumpa produk ni lebih awal. 


Set Lengkap Lavoo ni adalah Eir Bucket Set, dan korang boleh dapatkan di website Lavoo Beauty .

  1. Protein Essence Shampoo 400ml
  2. Protein Essence Conditioner 400ml
  3. Protein Peptide Tonic (Morning 120ml & Night 120ml)
  4. Caviar Treatment Mask 250ml
  5. Protein Complex Serum 60ml FREE
  6. Protein Collagen Keratin Spray 120ml FREE
  7. Dermaroller Microneedle 0.5MM FREE
  8. Silicone Scalp Brush FREE
  9. Pouch Bag FREE

 

PROTEIN TREATMENT SERIES + CONDITIONER


Dalam Protein Treatment Series Box ni ada Protein Essence Shampoo, Protein Complex Serum 60ml dan Protein Collagen Spray 120ml. Rawatan ni sesuai untuk mereka yang ada masalah rambut gugur, menipis dan juga kelemumur.  Protein Essence Shampoo boleh menguatkan akar rambut dan bila akar rambut kuat, tiada lagi masalah rambut gugur. Selain itu juga, shampoo ni boleh mengelakkan rambut bercabang, dan rambut akan jadi sihat dan bersinar. Lepas dah siap guna shampoo boleh gunakan conditioner.

My First Impression guna Lavoo Shampoo ni 'kenapa tak banyak buih sangat ye'? Tapi selepas dah bilas rambut tu, rambut jadi lembut sangat dan wangi.  Cara guna shampoo ni, korang basahkan rambut dan kulit kepala dengan air suam untuk bantu buka cuticle hair. Lepas shampoo, boleh gunakan Protein Essence Conditioner dan bila guna conditioner ni pastikan tidak kena kulit kepala sebab boleh menyumbatkan liang folikel rambut. 

Setelah rambut bersih, boleh gunakan Protein Complex Serum pada rambut yang basah atau pun telah dikeringkan dengan tuala. Ratakan serum pada rambut bermula dari bahagian hujung ke pertengahan rambut. Elakkan dari terkena kulit kepala. Bila dah siap, boleh la buat stail rambut yang korang suka. Kalau korang guna alat untuk luruskan rambut atau kerintingkan rambut yang panas tu korang boleh sembur Protein Collagen Hair Spray selepas penggunaan alat tersebut. Ianya mengandungi nano-grade of micro size protein molecules yang boleh memperbaiki permukaan berliang rambut dan merawat rambut. Macam aku kat rumah ni memang tak de alatan untuk rambut seperti hair dryer, alat pelurus rambut atau keringkan rambut. Jadi, aku guna hair spray selepas apply serum rambut.


PROTEIN PEPTIDE TONIC

 


Selain penjagaan asas rambut di atas ni, korang boleh gunakan Protein Peptide Tonic untuk merawat masalah kulit kepala seperti kering, berminyak, kelemumur yang teruk, rambut nipis dan rambut gugur. Jadi dengan pemakaian Protein Peptide Tonic dengan kerap amat digalakkan untuk kulit kepala kekal sihat.  Bila pakai tonic ni pastikan spray direct pada kulit kepala dan urut kulit kepala menggunakan jari selama 2 minit. Ianya bertujuan untuk merangsang aliran darah ke kulit kepala, meningkatkan kesihatan kulit kepala. Korang boleh guna dermaroller juga untuk membantu pertumbuhan rambut (baby hair).

Aku perasan selepas aku guna tonic ni rambut aku tak kering seperti dulu. Aku lebih suka lepaskan rambut daripada ikat rambut sebab cantik elok. Tonic ni ada dua, satu untuk pakai waktu siang dan satu lagi waktu malam. Sejuk je bila sembur kena kulit kepala. Cubalah, mesti tak rugi ! 

 

LAVOO CAVIAR TREATMENT MASK


Treatment mask ni paling best. Boleh pakai 2 atau 3 kali seminggu selepas pakai shampoo dan conditioner.  Kandungan caviar dalam treatment membantu untuk mengekalkan kelembapan rambut, terutama yang ada masalah rambut kering, kusut atau rambut bercabang dan hasilnya rambut akan bersinar, lembut dan sihat. *flip hair sikit 

Aku highly recommend korang yang ada masalah rambut terutama rambut gugur korang boleh cuba set penjagaan rambut Lavoo ni. Kenapa aku recommend sebab aku ada masalah rambut gugur. Macam macam shampoo aku guna yang ada iklan dalam TV tu, tapi kesan tak sebagus produk Lavoo ni. Masalah rambut gugur aku tiada lagi ! Produk penjagaan rambut Lavoo ni boleh digunakan lelaki atau perempuan sebab rata rata daripada kita ni tak lari daripada masalah rambut. Kalau tak jaga rambut memang rambut pun rosak dan tak sihat. Secara tidak langsung menjejaskan penampilan peribadi. Korang bolehlah cuba set penjagaan rambut ni. 

 

SET LENGKAP PENJAGAAN RAMBUT LAVOO  

 

Dapatkan sekarang sebelum promosi tamat. Sekarang ada diskaun sebanyak 48% RM366 RM195. 

 

 


P/S: Dulu tarik dengan jari penuh rambut lekat kat jari. Sekarang tiada lagi. Wow !



5 Comment for "Tiada Lagi Rambut Gugur Dengan Set Penjagaan Rambut Lengkap Lavoo Beauty"

Lengkap dalam 1 set ni. Banyak jugak dapat free. Menarik tengok silicone Scalp Brush tu.

lengkap penjagaan
utk rambut /kulit kepqla sehat

rambut uncle pun dah menipis... maklumlah orang tua...

Saya dari tahun lepas lagi duk add to cart lavoo ni tapi sampai sudah tak beli beli. Memang viral dekat twitter. Puas hati tengok review pengguna. Tu terpengaruh nak beli jugak hehehea

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top