You don’t have to be big. You have to be remarkable

Sunblock Mary Kay Bagus Ke?

Sunblock Mary Kay Bagus Ke? 


Assalamualaikum.... 

Rasanya ramai yang tahu produk Mary Kay ni kan? Bagus ke tak? Of course la Beauty Consultant Mary Kay akan kata bagus semua produk MK ni. Aku bukan BC Mary Kay tapi aku hanya beli produk ni disebabkan aku sendiri tak tahu sunblock apa yang safe unt uk orang mengandung dan kebetulan adik aku yang jual MK. Jadi sambil sambil support adik aku la gitu. Sebenarnya ada satu lagi pilihan sunblock yang selamat digunakan untuk ibu mengandung iaitu Nihon Sunblock tapi harga dia lebih mahal daripada Mary Kay ni. Jadi aku decide beli Mary Kay ni je la. 

Sunblock Mary Kay ni ada 2 jenis, satu untuk kulit berminyak dan satu lagi untuk kulit kering. Di sebabkan muka aku ni acne prone skin, aku ambil  untuk kulit berminyak. 


 Mary Kay Sheer UV Defense Milk SPF 50+/ PA+++

 

  • Tekstur ringan, menyegarkan, cepat diserap dan kulit tidak berasa melekit.
  • Melindungi kulit dari radikal bebas dan memberikan kesan menenangkan
  • Memberi kesegaran pada kulit, dapat mengurangkan kerosakan akibat sinar UVA dan UVB. 
  • Kulit berasa lembap dan menghaluskan kulit.

 


Review Sunblock Mary Kay 

 
  1. Sunblock Mary Kay untuk kulit berminyak ni isiannya 60ml berbanding untuk kulit kering 80ml. Kenapa berbeza eh? Aku tak tanya pula. 
  2. Harga tak mesra poket aku. RM115 tidak termasuk kos penghantaran.  Tapi disebabkan selamat untuk preggy woman aku ambil juga sebab penting pakai sunblock bila keluar. Duk rumah pun kena pakai tau ! 
  3. Tekstur ringan dan tidak melekit. Bila pakai pun mudah diserap kulit. Jadi tak perlu tunggu lama jika nak pakai make up. 
  4. Tiada 'white cast' walaupun ianya berwarna putih dan tidak bercapuk.
  5. Bau susah sikit aku nak explain. Bau macam medicated pun ya.. Tapi tak menyengat hidung.
  6. 1 botol tahan lama tapi setakat ni aku tak boleh nyatakan lagi berapa lama sebab baru sebulan lebih aku pakai. Kata BC tahan 4-6 bulan. Lama juga tu kalau sampai 6 bulan kan.


Korang pakai sunblock apa dan apa sunblock untuk preggy mom yang korang tahu? Boleh suggest tak? Sebelum aku pakai Mary Kay ni aku pakai sunblock Biore yang warna oren tu dan 3W Clinic Sunblock Cream.  Di sebabkan pregnant aku terpaksa stop sebab ada kandungan yang tak selamat digunakan oleh preggy woman.


P/S: Ahad tak tahu nak ke mana. Duk rumah je hari ni. 



7 Comment for "Sunblock Mary Kay Bagus Ke? "

Bila ngandung automatik termalas jaga rupa. Aiguu~

Terima kasih share. Bolehlah try nanti.

sy pkai yg 3w n biore kaler oren..
stakat ni 2 ni je serasi ngn kulit muka sy.. hehe

kalo xtau nk kemana, order je grabfood., hehhehe

saya guna sunblock biore juga yg CC color control tu, senang nak apply dan tak perlu guna foundation lagi

Tak pernah pakai sunblock MK. Baru tahu ada 2 jenis untuk kulit yang berbeza. Saya pakai Biore aqua warna biru tu :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top