Once you choose hope, anything's possible

Jus Delima Dimes Pomegranate Juice Untuk Ibu Mengandung

 Jus Delima Dimes Pomegranate Juice Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum... 

Sebut buah delima je memang tak dinafikan khasiat delima pada kesihatan individu dan tak terkecuali juga ibu mengandung. Beberapa bulan lepas masa loya teruk tu aku teringin sangat nak minum jus delima tapi tak dapat sebab aku tak tahu nak cari kat mana. Biasanya kalau kedai arab ada yang pati tu tapi kedai arab area aku ni mostly dalam mall. Memang susah la nak masuk mall sebab tak fully vaccinated lagi kan. 


Beberapa minggu lepas aku pergi rumah mama lepas tu nampak jus delima ni dan aku tanya mama beli kat mama then mama bagitau beli kat dalam mall. Selang dua tiga hari kemudian masa aku pergi rumah mama, mama bagi sebotol kat aku. Mama cakap minum jus delima sebab bagus untuk ibu mengandung. 

Sebotol ni banyak tapi aku minum tak banyak sebab GDM on diet. Aku tengok kat group ibu mengandung bagitau tak boleh minum sangat jus delima. Aku masuk kelas pemakanan hari tu pun dietitian ada bagitau makan buah lagi bagus daripada minum jus. 

Dimes pomegranate ni memang sedap dan 100% squeezed juice dan perlu dihabiskan dalam masa 2 hari selepas dibuka. Aku minum segelas je dan selebihnya Lurviey habiskan. Rasanya masam masam manis dan ada sedikit rasa pahit biji delima tu


Khasiat Buat Delima 

 

  1. Tinggi antioksida
  2. Mengandungi zat besi, kalsium, folforus, dan vitamin.
  3. Boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah
  4. Bagus untuk ibu mengandung (mengandungi asid folik yang tinggi)
  5. Melindungi hati dan ginjal
  6. Mencegah alzheimer
  7. Menyegarkan badan
  8. Mencegah kanser
  9. Mencantikkan kulit.

 

Buah delima juga ada disebut dalam Al-Quran. 

 

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud: "Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima."

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
"Makanlah buah delima dengan isinya, kerana ia dapat mencuci penghadaman".(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

  

P/S: Hari ni kena buat BSP. Time buat BSP ni macam macam nak makan.

 

Tag : food, khasiat
5 Comment for "Jus Delima Dimes Pomegranate Juice Untuk Ibu Mengandung"

Saya pun suka minum jus delima. Rasanya manis-manis kelat sedikit.

Suka juga jus delima yang pure. Yang masam manis, pekat, kelat2 sikit.. bukan manis macam jual kat kedai.. hehehee.. :)

...

Suka makan buah delima tapi belum pernah rasa jus delima lagi. Ada rasa pahit pahit biji delima tu dapat rasakan pahit dia camne. Tengah mencari cari jus delima untuk abah jugak nak. Nak survery mana yang okay. Risau nak beli ada yang fake.

Back To Top