You don’t have to be big. You have to be remarkable

Main Masak Masak Online Di Culinary Schools Untuk Kanak Kanak



Main Masak Masak Online Di Culinary Schools Untuk Kanak Kanak


Assalamualaikum... 

Siapa yang tak pernah main masak masak kat sini? Rasanya semua kanak kanak memang suka main masak masak ni. Aku dulu pun suka main masak masak dan bila dan masuk sekolah rendah ada pula member ajak main masak masak kat tepi hutan. Siap guna api betul lagi tapi guna daun daun hutan tu je la buat masak masak. Tapi kat mama memang kena marah la sebab main api kan. Budak budak mana boleh main api. 

 

Sekarang ni anak anak dah boleh main masak masak online dah. Advance sungguh kan? Ada macam macam jenis permainan dan dalam setiap permainan tu ada nilai tambah untuk anak anak. Kat mana? Kat culinary.org .


Games Buat Kek Coklat 

 

 

Rata rata kanak kanak sukakan coklat dan kek coklat. Di Culinary.Org ada games untuk buat kek coklat. Yang bagusnya games ni diajar cara buat kek coklat serta alatan yang digunakan untuk membuat kek. Dalam games ni juga diajar langkah demi langkah untuk buat kek coklat. Mesti lepas main games ni anak anak nak buat kek betul - Boleh main kat sini


Opening Restaurant Management Game 

 

Opening Restaurant ni salah satu game yang agak mencabar bagi aku. Nampak macam senang tapi susah. Kat sini menguji kemahiran ketepatan dan kepantasan dalam menguruskan restoran. Bukan senang ye. Anak anak boleh cuba permainan ni. - Boleh main kat sini


Penguin Cafe Restaurant 

 

 

Game ni pasti ramai anak anak yang suka main sebab simple sahaja dan sangat sesuai untuk anak berusia 6 tahun ke bawah. Comel pula penguin tu ambil order dan uruskan cafe ni. - Boleh main kat sini.

Ada banyak lagi jenis games di culinary.org ni. Korang boleh klik link dan lihat serta cuba permainan yang ada di culinary.org. 


Bermain Atas Talian Tanpa Download, Tanpa Iklan Dan Percuma.

 

Main games kat sini korang tak perlu risau ada pop up iklan seperti di sesetengah laman sesawang lain dan yang bestnya korang tak perlu download pun dan ianya percuma. Ya, percuma ! 

Terdapat banyak pilihan permainan yang ada seperti 

  • Cooking & Kitchen Works
  • Food Education Games
  • Serving Eaters 
  • Farming
  • Food Themed Games

Kat mana nak main permainan ni? Korang boleh ke free online kids cooking games. Macam macam permainan yang berkaitan dengan makanan ada kat situ. 


Main main juga yang penting jangan sampai terabai semuanya. Kang ralit main sampai lupa nak buat kerja sekolah. Ah sudohhh ada mak mak jadi hulk nanti. 

 

P/S: Naura pun dah mula main syasyak (masak). 

 



7 Comment for "Main Masak Masak Online Di Culinary Schools Untuk Kanak Kanak"

Fav game si Tiara anak buah akak ni....

Firdaus belum jumpa game ni. Agaknya dia pun suka kot.

Menariknya, sambil main sambil belajar..

Mesti seronok Naura main sasyak! :)

Main pondok pondok zaman moden best jugak. Teringat game dinner dash dulu. Baguslah ada games yang tak popup iklan bukan bukan. Percuma pulak tu.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top