You don’t have to be big. You have to be remarkable

Satay Hayyan Selayang Sumpah Sedap

 Satay Hayyan Selayang Sumpah Sedap

 

Assalamualaikum... 

 

Semalam sebelum pergi rumah mama beli air kelapa muda dulu. Teringin sangat air kelapa tapi dalam masa yang sama memang risau juga sebab Rabu ni nak review BSP dengan doktor. Tapi aku tibai juga semalam sebab teringin dan aku baca di group air kelapa tak affect sangat pada bacaan BSP tapi kena pandai la kawal makan benda lain kan. Air kelapa memang biasanya aku beli kelapa biji tanpa gula dan tanpa ais. Pure air kelapa. Dapat pula air kelapa yang baru turun pokok memang sedap sangat lah. 

Kredit: FB Satay Hayyan

Sebelum balik semalam makan spagetti carbonara dulu rumah mama. Habis 3 pinggan juga aku makan. Haishh risau lagi tapi melantak tak ingat dunia. On the way balik rumah, hujan lebat dan aku cakap kat Lurviey 'sedap juga dapat makan satay, tapi lusa (Selasa) nak buat BSP ni'. Lurviey cakap tak pe sebab dia teringin juga. Check kat group tengok mana Satay Sedap Area Selayang. Ramai cakap Satay Wak yang bawa basikal tapi macam mana nak cari memandangkan hari pun hujan lebat. Lepas tu ada yang suggest Satay Hayyan dan beberapa lagi satay lain. 

Jadi singgah tapau Satay Hayyan dulu. Hujan lebat sangat semalam jadi tak dapat nak ambil gambar sangat. Aku cakap kat Lurviey beli sikit je sebab utamanya aku nak kena buat BSP Selasa ni jadi kena control makan. Biasanya aku last makan before 8 malam tapi ni memang lebih jam 8 malam la sebab masa beli ni pun orang baru lepas azan Maghrib. Yang keduanya adalah sebab baru nak cuba jadi tak berani nak beli banyak. 


Dah siap solat maghrib terus makan Satay Hayyan ni sebab aku nak stop makan before jam 9 malam. Ternyata rasanya sedap sangat ! Kuah cukup rasa pedas manisnya. Perapan pada ayam dan daging pun cukup rasa enaknya. PERFECTO! Aku kurang gemar sikit satay daging tapi semalam memang aku makan satay daging dia memang sedap. Nasi himpit aku tak sentuh sebab karbo. Lol. Oh ye, satay daging yang tengah hitam tu lemak ye. 

Susah nak jumpa satay yang tak letak lemak. Satay Haji Samuri tak de lemak tak silap aku. Sama dengan Satay Ismail kat Keramat. Satay Willy aku tak ingat sebab pernah makan sekali je.

BACA : SATAY WAK KLASIK TAMAN GOMBAK 

Lurviey beli lima batang satay ayam (RM1.10/batang) dan tiga batang satay daging (RM1.30/batang), nasi himpit satu ketul (RM2.00). Total RM11.40. InshaAllah akan repeat lagi lepas ni sebab menepati citarasa tekak aku. 

 

SATAY SEDAP AREA SELAYANG  


Satay Hayyan ni beroperasi secara take away dan delivery sahaja dan korang boleh dapatkan Satay Hayyan menerusi aplikasi Food Panda. Selain tu, satay frozen pun ada. Yang tu korang rajin korang bakar le sendiri. 

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi 

*0123185055*
*0129730042*
*0126805426*

Untuk lokasi sila waze/google maps


P/S: Satay kat mana lagi yang best area KL/Selangor ni?

 

Tag : food
5 Comment for "Satay Hayyan Selayang Sumpah Sedap"

Ada hari yang macam macam teringin makan. Dapat semua sedap sedap pulak tu. Kalau sate sedap memang repeat order. Dapat beli sikit buat lepas teringin pun jadi lah kan. Semoga Allah permudahkan segala urusan naniey nanti. Aaminn...

OK... nampak ada bawang!

Uncle LULUS kan!

Akak pernah makan beberapa kali di sini. Memang sedap dan kenalah dengan selera.

Kalau sekali rasa makanan tu sedap memang nak ulang beli di tempat yang sama kan.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top