Once you choose hope, anything's possible

Satay Wak Klasik Sedap

 Assalamualaikum.. 

Satay Wak Klasik | Beberapa hari lepas Naura tunjuk kat aku satay yang ada dalam buku ABC. Aku tanya, dia nak ke? Dia jawab nak. Aku suruh dia bagitau sendiri kat Daddy dan dia pun bawa buku tunjuk satay tu kat Lurviey. Sekarang dah pandai minta apa yang dia nak dah. Di sebabkan dah lama tak makan satay, next day Lurviey keluar beli satay. Satay Wak Klasik memang jadi pilihan aku sebab memang sedap. Kalau area Gombak, Batu Caves ni memang Satay Wak Klasik ni la jadi pilihan kami. Satay Pak Din je aku belum cuma. Ramai recommend juga Satay Pak Din. Kalau kat area Keramat Satay Ismail. Sate Kajang Haji Samuri juga sedap tapi sebab tak boleh rentas daerah memang tak boleh pergi beli la area Taman Melati tu. 

Sambil beli untuk rumah, beli juga untuk mama sebab tempat Satay Wak Klasik dengan rumah mama ni dekat je. Singgah drop satay then Lurviey terus balik. Musim pandemik macam ni je la. Mampu kirim dan drop gitu je. Mama aku kat kampung aku nak order tak de khidmat delivery pula. 

Istimewanya satay kat sini ialah nasi himpitnya. Pak cik ni cakap nasi himpit ni buat sendiri dan bukan yang dah siap pek kat kedai tu. Memang sedap. Aku suka nasi himpit dia. Tak keras sangat dan tak lembik sangat. Kuah satay dia pun sedap. Bagi aku dua kuah satay yang best sedap kat tekak aku. Kuah Sate Haji Samuri dan Satay Wak Klasik ni. 
 

Ni la budaknya yang pandai minta Satay tu. Naura memang suka satay tapi dia hisap air ayam je. Lepas tu dia buang. Hai la anak... Sudahnya siapa yang kena habiskan? Mommy dan daddy. Mana la mommy tak kurang berat badan. Asyik makan je duk rumah ni.

Tag : food
9 Comment for "Satay Wak Klasik Sedap"

Naura dah pandai request makanan ye..hehe..comel :P

sate wak ni belah mana naniey??
k ret suka sate shafiq kat tmn melewar.. mmg kena ngan tekak kuah nya n sate nya pun bole tahan sedap...

Sedapnya satay....terus teringin plak...sedapnyaaa

satay tu memang nampak menyelerakan lah
terliur kejap
hahahaha

Ala comel jee naura tunjukk nak satay.
Tengok satay teringin nasi impit dengan kuah kacang pulakk, sebab saya tak makan satay hehehe. Makan nasi impit aje :D

Nasi impit bt sendiri?? Memang sedap la hehe

Rajin peniaga buat nasi impit sendiri. Biasa beli yang dalam plastik tu je. Sedap nampak sataynya tu. Lengkap ada bawang dan timun sekali.

Sedapnya satay..boleh la try lepas ni.

Sebelum ni selalu makan satay Pak Wan je

Back To Top