You don’t have to be big. You have to be remarkable

Buat Waffle Guna Tepung Pancake Noraini's

 Buat Waffle Guna Tepung Pancake Noraini's 

 

Assalamualaikum... 

Dah lama aku nak beli mesin waffle ni dan buat waffle sendiri je kat rumah memandangkan aku memang suka makan waffle walaupun bukan beli selalu pun bila keluar. Bila teringin memang aku beli. Sekarang kalau beli, belum sempat aku makan, Naura dah makan dulu. Kongsi dengan Naura je sebab dia tak makan banyak dan kalau beli asing asing nanti yang Naura makan tak habis tu, aku yang kena habiskan. Bila aku kena habiskan, maka kecenderungan untuk berat badan bertambah tinggi. LOL ! 


Aku tak sangka, Naura suka makan waffle. Jadi aku beli la mesin waffle comel ni yang saiznya lebih kurang tapak tangan aku je. Bila dah beli waffle mestilah kena ada tepung untuk buat waffle. Dan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja, aku gunakan Tepung Pancake Noraini's yang aku beli kat Eco. Senang, cepat dan sedap ! 


Pepagi lagi dah ajak mommy buat waffle. Excited betul Naura nak buat waffle tapi makannya tak banyak pun. Sudahnya mommy yang kena habiskan. Next time buat guna nutella mesti sedap. Masa buat ni ada Delfi je, jadi guna je la apa yang ada. Fave aku peanut butter dan chocolate. Korang pula? 

 

P/S: Staycation mana eh best?



Tag : food
4 Comment for "Buat Waffle Guna Tepung Pancake Noraini's "

Fiza pun suka peanut butter dengan coklat. Ada gak beli mesin kecik tu tapi belum lagi buat reviews. 🤭

pernah terfikir nak beli waffle maker ni...tapi takut jadi tukun je kat dapur nanti macam sandwich maker, toaster bagai huhu

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top