Special Offer

Author

REVIEW PRODUCT: PARUT JERAWAT

Salam Semua...

Entri sebelum nie review pasal produk jerawat. Tapi kali ni aku nak citer kat korang pasal produk utk parut jerawat plak. Emm ni yang aku pernah guna la. Yg aku tak guna aku x kan share la sebab tak tahu keberkesanannya.

Orang kata merawat jerawat lebih mudah berbanding merawat parut jerawat kerana kesan parut jerawat yang mendalam menyukarkan kita untuk merawatnya. Tetapi bagi aku merawat jerawat pun da sukar macam apa tambah lak ngan parut jerawat memang kena sabar giler la. If tak mmg sampai bila la aku tak dapat nak rawat parut jerawat aku..

1. Mederma


Ni adalah produk parut jerawat yang mula-mula aku beli la kononnya nak hilangkan parut. Tapi masa ni jerawat aku tak de la serius mana pun. Then aku beli and pakai la.. Tapi sian kat aku sebab kulit aku sensitif and tak sesuai sebab bila letak je kat muka aku ni kulit aku jadi gatal2 dan apa lagi maka hancur la sekejap. So aku stop then campak la produk ni kat adik aku. Adik aku pakai ok plak tak de gatal2 pun. So, nasihat aku mungkin produk ni sesuai utk muka korang tapi tak sesuai utk aku.


2. Bio Oil
Ni produk yang agak famous kat pasaran and jugak kat forum2 yg bincang pasal parut jerawat. Emm so ngan ke'famousan' nye aku pun meringankan tangan aku mengeluarkan duit nk beli bio oil. Berkobar-kobar hati tak sabar nak tgk hasil. Emm... Sekejap je tahan ngan aku sebab oily sgt and aku tak suka. Lagipun aku ni jenis yang nak tgk hasil cpt... So aku pun stop la sbb masa ni muka aku jerawat kembali bermaharaja lela. So apa lagi... Aku campak la kat adik aku. Akhirnya abis adik aku gunakan. Sapu tang mana aku pun tak tahu la...

3. Cocoa Butter Formula Skin Therapy Oil

Ni adalah produk yg latest aku gunakan setelah muka aku ni bebas dr jerawat yang bermaharaja lela kat muka aku hampir dua tahun lamanye. Aku guna ni pun baru je dlm seminggu. Rasa much more better than before. Even it take times utk hilangkan parut aku rasa selesa guna produk ni compare ngan bio oil. Produk ni wangi sbb ada rosehip fragrance. Mmg selesa la.. Oily tu biasa la kan. Nama pun minyak. Buat masa ni aku nk guna ni dlu. Bile cukup ongkos nnti aku nk try ke scar serum produk cocoa butter gak.

Aku hanya cuba produk ni je utk parut jerawat sebabnya tak sempat nk guna yg lain. Aku habiskan duit and masa fikir macam mana nak rawat masalah jerawat aku, Bile da abis jerawat baru leh pk nak rawat parut.


_____________________________________________________________________
UPDATE 2015

The best cleanser untuk jerawat kronik or jerawat biasa -> Cetaphil Gentle Skin Cleanser (pengganti lactacyd yang terbaik untuk kulit saya. Since that lactacyd tak keluarkan lagi produk untuk cuci muka jadi inilah yang the best) 
Selain Cetaphil saya masih menggunakan Pencuci Muka Sari Gamat dan juga Sabun Susu Beras
Then untuk hilangkan jerawat dua tiga biji boleh pakai Arche Pearl Cream (tak keringkan kulit mcm oxy atau krim jerawat safi)
Untuk parut saya guna derma roller


P/S: PRODUK UTK PARUT TAK SEMESTINYA PERLU YG MAHAL, YG MURAH PUN MUNGKIN BERKESAN. DEPEND PADA ORANG DAN KULIT. ADA JUGAK YG PILIH CARA TRADISIONAL. KALAU KAT RUMAH AKU GUNA KULIT KAYU MANIS.

6 Komentar untuk "REVIEW PRODUCT: PARUT JERAWAT"

bio oil tue x leh gune tuk parut luka ke???

Ada jugak cari utk hilangkan parut tp mahal la. Bio Oil pun mahal jugak kan :( yang latest you pakai niy berape?

miza pun sekarang ni dalam proses nak hilangkan paru jerawat. still consume vitc tapi parut degil ni macam susah je. hmmm

kita sama, produk pertama n kedua mmg xserasi..

yg ketiga tu, nur tak pernah cuba lagi....

hihi

kalau untuk jerawat cube try t3 mycin. sangat berkesan pada semua jenis kulit.

good tips..hehe..kak intan telan vit c dan ada juga kadang2 makan vit e

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top