Special Offer

Author

Telinga, Salah Dengar Salah Bicara SILA BACA !!

Assalamualaikum.... 

Salam Sayyidul Ayyam.. Lame sangat tak share entri segmen rohani kan. Lame sangat!!! Jemput baca perkongsian hari ini.. Bismillah....


Sehubungan dengan penciptaan manusia di dalam al-quran diterangkan bahawa telingalah yang disebut terlebih dahulu. 

"Kerana itu Kami jadikan da mendengar dan melihat." (Al-Insan:2)

Dalam pertanggungjawapan, telinga dijadikan nombor satu. 

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggungjawapannya"  (Al-Isra:36)

Umat yang hancur kerana hilang pendengarannya. 

"Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar" (Al-Baqarah:18)

Sebelum belajar pidato, terlebih dahulu mesti belajar mendengar iaitu mendengar dengan baik, sebab baik buruknya yang dibicarakan atau benar dan salahnya yang disampaikan bergantung kepada kebaikan pendengaran di waktu mendengarnya. SALAH DENGAR, MAKA SALAH BICARA dan kerana tidak mempunyai pendengaran yang baik maka termasuk dalam golongan 'shummun' golongan yang tuli, yang sukar untuk mendapatkan hidayah.

Pada dirinya tidak ada bahan-bahan yang baik dan tekad yang suci, maka telinganya tidak mampu untuk mendengar.

"Kalau kiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentu Allah menjadikan mereka dapat mendengar" (Al-Anfal:23)

Di kalangan golongan 'shummun' dan 'bukmun' orang yang memberi peringatan adalah tidak diperlukan. Dia akan mendapat giliran yang pertama untuk disingkirkan. Di saat seperti itu yang ada hanya banyak mulut dan kurang telinga. 

Jadi apa yang dapat disimpulkan di sini adalah 
  • Jadi pendengar yang baik.
  • Dengar dari sumber yang tepat, mulut empunya diri. Bukan 'saya dengar kat... orang tu cakap bla bla bla)
  • Golongan ini tidak akan mendengar nasihat kerana mereka golongan yang sukar mendapat hidayah. Jadi mereka lebih banyak mulut untuk bercakap dari mendengar nasihat.
  • Bila salah dengar, maka salah penyampaian maklumat dan akhirnya boleh jadi timbul fitnah. 

 Dengan perkataan terbuka pintu syurga, dengan perkataan juga terbuka pintu neraka. Yang paling manis bukan gula tetapi lidah. Yang paling pahit bukan hempedu tetapi lidah.


Sumber: Buku Himpunan Kisah-Kisah Teladan dan Mutiara Kata Jilid Tiga, Ibnu Ghazali Mohd Najib

0 Komentar untuk "Telinga, Salah Dengar Salah Bicara SILA BACA !!"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top