Once you choose hope, anything's possible

Bahaya Dermaroller

 Assalamualaikum... 

Bahaya Dermaroller | Lama tak buat entri berkaitan dengan dermaroller sebab buat masa sekarang aku memang tak boleh guna lagi walaupun tangan aku hari hari gatal nak bukak je box dermaroller baru tu. Almost 3 tahun aku tak guna dermaroller. Dermaroller merupakan satu alat yang mempunyai jarum kecil bersaiz antara 0.2mm sehingga 3.0mm yang digunakan dalam rawatan kulit untuk induce collagen dari bawah kulit untuk mencantikkan kulit. Rawatan ini dipanggil rawatan microneedling. Microneedling ini ada 2 jenis alat iaitu dermaroller atau dermapen. 

Di sebabkan aku tengok ada keyword yang mencari tentang bahaya dermaroller ni meh la sini aku cerita sikit sepanjang aku berkecimpung dengan dunia dermaroller ni dari tahun 2011 hingga sekarang. Daripada aku yang jual sampai sekarang ramai orang dah rebranding dengan jenama masing masing dah tau. Hehe.. 

Dermaroller bahaya :- 

  1. Korang tak tahu cara guna yang betul. Bukan semua kulit boleh guna dermaroller. Kalau kulit korang berjerawat memang tak boleh guna dermaroller sebab bila korang rolling atas kulit muka berjerawat tu, akan membuatkan kulit korang lagi teruk berjerawat. 
  2. Betul ke kena buat rolling sampai muka berdarah darah. Soalan ni selalu aku dapat. Actually tak pun. Kalau korang jenis kulit tebal, korang guna saiz besar pun susah nak berdarah. Aku guna saiz 2.0mm memang sikit je darah. Tapi kalau orang kulit nipis dan selalu pakai produk peeling serta sensitif dan guna saiz 0.25 pun boleh berdarah. Sangat penting semasa rolling untuk control pressure ke atas kulit. Moderate pressure sahaja. Kalau korang buat agressive rolling, it may lead to hyperpigmentation. Dah jadi satu masalah nak hilangkan masalah hyperpigmentation pula. 
  3. Pregnant & Breastfeeding tak boleh guna lagi. Sabar dulu ye. Nak buat treatment ni nak lagi effective kena guna numbing cream dan kalau pregnant dan BF tak boleh apply numbing cream nanti affect pada kandungan. Bahaya ye ! Kalau nak buat tanpa numbing cream pun tak digalakkan sebab proses untuk induced collagen dalam kulit memerlukan vitamin  dan nutrien untuk healing process yang mana dalam masa yang sama baby dalam kandungan pun perlukan juga. NAK GUNA JUGAK? GUNA SAIZ 0.25-MM-0.3MM SAHAJA. Saiz ni tak induced collagen tapi untuk absorp product yang digunakan secara efektif seperti serum dan pelembap. Bila sebut tak induced collagen jangan expect parut lubang hilang pula ye ! 
  4. Disinfect dermaroller. Sangatlah penting untuk menitikberatkan kebersihan dermaroller dan tahu dari mana korang beli dermaroller. Selepas guna dermaroller wajib disinfect dermaroller dengan alcohol atau dettol untuk matikan kuman yang ada. Kemudian keringkan sebelum disimpan semula dalam bekas dermaroller. Dermaroller yang tidak dicuci dengan bersih boleh menyebabkan JANGKITAN KUMAN PADA KULIT. Boleh rujuk sini cara cuci dermaroller -> HOW TO CLEAN A DERMAROLLER.
  5. Jangan guna dermaroller yang jatuh. Biasanya apabila dermaroller jatuh, jarum akan rosak dan tumpul. Ianya akan merosakkan kulit korang jika korang tetap berkeras untuk gunakan dermaroller. Periksa jarum selepas buat pembelian untuk pastikan tiada split/bend needles.  Jika ada split/bend needles jangan guna sebab boleh merosakkan kulit juga. 

 

Aku letak gambar lama masa guna dermaroller

Ini je la aku nak kongsi buat korang yang rasa macam nak try dermaroller. Kalau takut dan tak reti much better tak perlu buat sendiri kat rumah. Boleh dapatkan rawatan kat klinik by profesional. Dan dorang boleh scan dan suggest treatment apa yang bersesuaian dengan kulit korang. Tapi kalau korang hati kental macam aku dan sedia dengan risiko yang akan dapat jika salah guna boleh teruskan niat korang tu ye. Untuk rawat masalah kulit lubang ni kena konsisten lagi lagi kalau lubang tu dalam. Kena tau saiz yang betul, cara guna yang betul, jarak penggunaan yang betul untuk hilangkan masalah kulit yang korang hadapi. Berani buat berani tanggung .. LOL 😁

8 Comment for "Bahaya Dermaroller "

Seram juga tengok jarum tu. Tak pernah lagi buat treatment dermaroller ni. Setakat ni buat treatment pun ikut yang dorang suggest mana yang sesuai :)

Seram tengok jarum tu. Nampaknya hati saya tak kental hihihi. Tetapi hasil pada kulit awak memang bgus!

macam seram je tengok muka orang sampai berdarah darah baru lepas golek golek dengan drmaroller tu

Dulu masa tgh trending dermaroller ni ada jugak nak terjebak untuk beli sekali . Tapi bila fikir2 balik tkut bula nak roller atas kulit muka .so tak jadi beli

First time dgr ttg ni.. Tp konpom k ret x sesuai sbb muka ada jeragat jgk.. Ini guna ada letak krim pape ke or roller mcm tu je?

Pernah jugak nak beli tapi tak jadi sebab takut hehehe. Tak reti satu hal, nanti makin rosak kulit, nayaaaa ooooo hehehe.

Tak pernah teringin pun nak pakai derma roller ni😅.

Bila membabitkan atas kulit ada kemingkinan berdarah, kena sterilizer,

Back To Top