You don’t have to be big. You have to be remarkable

Roti Canai Frozen Eco Shop

Assalamualaikum...

Roti Canai Frozen Eco Shop | Sebut Eco Shop confirm ramai yang tahu kan? Ke ada yang tak tahu kewujudan Eco Shop yang jual barang dengan harga RM2.10? Kat Eco Shop juga ada jual makanan frozen dan juga sayur sayuran, tapi tak semua tempat ada jual
 

Aku biasa kalau pergi Eco Shop memang akan cari barang seperti tisu, wet tissue, bekas plastik, biskut munchy, biskut teddy bear, air Old Town White Coffee Salted Caramel aku dan stationery. Last aku pergi Eco sebelum PKP, aku buka kat group tengok apa yang barang apa yang best untuk dibeli kat Eco. Aku teringin nak try makanan frozen kat Eco dan ada yang suggest Pau, Dim Sum dan Roti Canai. Aku ada update pasal Dim Sum Eco dalam entri sebelum ni. Kali ni aku nak share roti canai frozen ni pula.

Roti Canai Frozen Eco Shop ni ada tanda halal dan inshaAllah halal untuk dimakan ye kawan kawan. Dan rasanya sedap dan rangup. 1 pek roti canai frozen ni ada 4 keping. Aku masak guna AF je sekejap then letak kari banjir mamak dan telur half cooked. Fuhh siap ROTI CANAI BANJIR SPECIAL KARI IKAN fav aku. Dan korang yang suka pergi Eco Shop cuba la makan. PKP ni memang tak dapat nak order roti canai dan roti boom frozen kat Suberi Nasi Kandar Keramat. Mama Lurviey memang selalu beli banyak untuk frozen. Nak makan senang dah. Panaskan je. Siap! 

Eh, bukan PKP lagi, now dah PKPD dah. Semoga dengan PKPD ni kes akan turun. InshaAllah. Keep Calm, Stay At Home & Work From Home. May Allah ease everything. Aamiin.

Tag : eco shop, food
6 Comment for "Roti Canai Frozen Eco Shop "

Sedap erk..akak x cuba lagi..nak beli la nanti..kedai eco skrg dah macam mini market..sayur pun ada jual kan

Masuk eco ni rsnya bole kira ngan jari hehe so nk shoping frozen food apatah lg tp myb klu ada peluang bole jgk cuba.. Slmt ber pkpd naniey hehee

Selalu beli! Hahaha, boleh lah makan untuk sarapannn, memang senang. Panas dalam air fryer jeee. Murahh pun murahhhh!

Lamanya tak masuk eco. Memang tak perasan ada makanan frozen huhu. Sbb kedai eco xleh rentas daerah itu yg lama tak masuk

Baru tahu Ecoshop ada jual frozen food jugak

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top