Once you choose hope, anything's possible

Berita Duka Di Petang Raya

 Assalamualaikum...

Berita Duka Di Petang Raya | Semalam 2 minit sebelum berbuka puasa dapat rakaman audio perbualan pak cik dengan doktor di group whatsapp family Lurviey yang mana mak cik aku yang warded kelmarin dulu telah meninggal dunia. Sumpah aku rasa macam tak percaya. Sangat tak percaya Cik Lela dah meninggal dunia. 

Aku masih teringat semasa dalam pantang arwah Cik Lela duduk kat rumah mama dan setiap pagi bila aku turun tangga mesti dia cakap " Yani makan.. Dah lewat ni.. Kang sakit perut ". Aku tak tahu daripada mana words Yani tu datang dan aku biarkan je arwah Cik Lela panggil aku Yani instead of Nani. Dan aku masih teringat bila kau dah habis pantang dan kitaorang ajak arwah Cik Lela keluar pergi Ninso dan M3 Mall. Pengalaman aku dengan arwah Cik Lela yang paling aku tak boleh lupa adalah arwah Cik Lela takut nak naik escalator. Padahal dah sampai dah kat M3 Mall time tu. Berkeras nak balik sebab takut nak naik escalator. Jadi Lurviey pun pusing kereta (parking kat ground floor) bawa naik kat lobi dan turun kat situ dan naik lift. Dapatlah arwah shopping cari barang yang dia nak beli time tu.

Last aku jumpa Cik Lela tak silap masa arwah Cik Zahar meninggal awal tahun ni. Lepas tu duk  PKP PKP PKP tak boleh rentas daerah jadi tak dapat melawat Cik Lela kat Keramat. Sumpah sedih rasa hati aku. Terkilan sebab tak dapat bawa arwah pergi shopping. Arwah ada bagitau nak ajak pergi kat tempat pergi hari tu nak cari barang tapi tak dapat nak bawa sebab PKP ni.

Petang tadi arwah dah selamat dikebumikan di Bukit Kiara. Al- Fatihah. 

 

P/S: Hari ni raya dan aku tak pakai baju raya pun dan aku pakaikan Naura je baju raya sebab takut tahun depan tak dapat pakai dah baju tu. Sayang pula.  Juadah raya pun aku masa tengahari tadi ambil mood sikit sian kat Lurviey tak de apa nak makan. 


Tag : emovere
10 Comment for "Berita Duka Di Petang Raya "

Salam takziah buat keluarga kak naniey, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. Aamiin.

Takziah. Semoga roh tenang di sana. Al Fatihah.

salam takziah kak nani...

Salam takziah.
Al fatihah buat arwah Cik Lela. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aaaminnn...

Salam takziah buat naniey sekeluarga.. Semoga roh arwah di tempatkan di kalangan org2 solehah di sisiNya.. Aminnn

Al fatihah dan salam takziah.

Moga keluarga tabah dan reda dengan ujian demikian

Salam Takziah. Semoga arwah ditempat yang dirahmati olehNya. Al-fatihah (dibaca)

comel cik lela. nampak baik orgnya semoga rohnya dikalangan org beriman. salam takziah

Salam takziah. Moga arwah Cik Lela tenang di sana, berkumpul dalam kalangan hamba-Nya yang beiman dan beramal soleh.

Back To Top