Once you choose hope, anything's possible

Pokok Fiddle Fig Indoor Plant Murah Dah Sampai

 Assalamualaikum.. 

Pokok Fiddle Fig Indoor Plant Murah | Bila duk rumah sepanjang PKP ni macam macam nak dibuatnya. Nak decor lebih lebih tak boleh jadi decor ala kadar je. Sebab aku ni menyewa rumah dan anytime je tuan rumah ni boleh jual rumah dan sememangnya tuan rumah aku memang berniat untuk menjual rumah ni. Tuan rumah ada offer kat kami tapi aku bagitau Lurviey aku prefer landed kat kawasan rumah mama. Tapi tu la belum kesempatan untuk bertanya khabar kat member Lurviey kat taman tu. Rumah langit ni ok je kalau kena dengan harga tapi tu la rumah langit ni ada maintainance fee.

Sebenarnya aku nak beli pokok skybird dan harga skybird lebih kurang pokok fiddle fig ni juga cuma skybird perlu pre order. Kalau yang ready stock memang mahal la sikit. Jadi aku ambil keputusan beli pokok fiddle fig ni setelah aku tengok decor di facebook. 

Pasu ni pula aku beli dengan seller lain. Pasu tu saiz M dan bagi aku saiz M memang besar dan ngam dengan saiz pokok fiddle fig yang aku beli tu. Harga pasu ni RM32.90 tidak termasuk penghantaran. Saiz pokok fiddle fig aku beli ni 80cm je dengan harga RM69 tidak termasuk penghantaran. Paling tinggi pokok fiddle fig bersaiz 150cm dengan harga RM185. So far, dekat seller yang aku beli ni yang paling murah dengan saiz 80cm dan bilangan daun 24 helai. Ok la tu kan? Pokok ni di simen dalam pasu kecil dan dibekalkan dengan rumput rumput halus untuk menutup bahagian simen dalam pasu. Daun ini senang untuk di cuci dan boleh ditanggalkan

Bila pokok di letak ke dalam pasu terus nampak tinggi dan cantik sangat.  Memang aku puas hati dengan harga yang aku beli tu. Nasib baik Naura tak tarik tarik pokok tu walaupun dah banyak kali dia pergi kat pokok tu tunjuk tunjuk. Buat masa sekarang aku hias guna artificial fiddle fig je dulu. Nanti aku beli live plant fiddle fig pula. Sekarang susah sikit sebab balkoni aku terhad. Kat situ nak letak pokok, kat situ juga nak letak rak pakaian. Hehe..

Link Artificial Plant ( skybird, fiddle fig, banana)
 
Link Pasu 



Tag : home decor
7 Comment for "Pokok Fiddle Fig Indoor Plant Murah Dah Sampai"

Cantik. As memang minat deko-deko ni...

cantik pokok ni untuk buat hiasan di rumah :)

Cantik. Murah juga harga tu kalau dibandingkan dengan harga standard jualan. Bertambah seri rumah ada hiasan hijau. Sedap mata memandang. Pasu pun sesuai sangat.

Haah lah kak naniey, bila letak dalam pasuuu, nampak cantikkk! Tambah pulak kaki bawah tu yang buatkan pokok jadi tinggi, lagi double cantikkk!

Akak perasan ramai yang beli pokok ni buat hiasan..menarik la..tapi tu la..rumah akak ni ntah bila la nak deco jadi cantik...ada jer nak kena buat lagi ni...

cantik pokoknyeee..hehee..yeayyy umah dah cantik ^_^

Cantik dia menyerikan ruang.

Back To Top