Assalamualaikum
Mata Yang Tidak Mahu Tertidur | Salam Sayyidul Ayyam. Ummul al-Rabi' bin Khaitham berkata kepada anaknya: "wahai anakkku, mengapa kamu tidak tidur?".
Anaknya menjawab : " wahai ibu, manakala seseorang telah berada pada waktu tengah malam, sedangkan dia takut pada peristiwa yang datang secara tiba-tiba pada waktu malam hari, seperti mati atau kiamat, maka sudah sepatutnyalah dia tidak akan tidur."
Kerana ibunya sering melihatnya tidak tridur malam dan selalu menangis, maka dia berkata : "wahai anakku, kamu menangis berkemungkinan kamu berdosa kerana membunuh seseorang!"
Dia menjawab :"Benar"
Ibunya kembali bertanya kepada keluarganya dan mudah-mudahan mereka akan memaafkan kamu. "Demi Allah wahai anakku, sekiranya mereka mengetahui penderitaanmu yang tidak mahu tidur malam dan sering menangis, nescaya mereka akan berasa kasihan melihatmu"
Dia menjawab: "Wahai ibuku, orang tersebut adalah diriku sendiri."
1 Comment for "Mata Yang Tidak Mahu Tertidur"
Dh jd ibu ni faham perasaan dr maksudnya.