You don’t have to be big. You have to be remarkable

Review Netflix Trilogy Fear Street Movie

 Assalamualaikum... 

Netflix Trilogy Fear Street | Akhirnya selesai juga Fear Street 1666 Part Three semalam. Sebenarnya aku tengok movie ni tanpa sengaja. Nak dijadikan cerita awal pagi masa aku tengok Part One ni Lurviey pergi HKL sebab katanya tangan dia kebas dari petang membawa sampai ke awal pagi tak hilang. Jadi disebabkan risau aku bagitau dia better pergi check kat hospital. Aku tak dapat follow Lurviey seperti sebelum ni disebabkan pandemik ni aku tak berani nak bawa Naura walaupun hanya duk tunggu kat tempat parking kereta je. Jam 4 pagi Lurviey balik, Alhamdulillah ok je cuma disebabkan gerd dia tu yang trigger jadi macam tu. Ok back to Fear Street ye ! 

Fear Street Part 1 : 1994

Mengisahkan kejadian pembunuhan kejam yang berlaku di Shadyside akibat sumpahan yang telah dibuat oleh ahli shir yang bernama Sarah Fier sebelum digantung hingga mati pada tahun 1966. Seorang remaja, Sam terlibat dalam kemalangan dan di lokasi kemalangan tersebut (kubur Sarah Fier) dia tersentuh rangka dan mendapat bayangan kebangkitan semula Sarah Fier. Gangguan tersebut menyebabkan pembunuh di Shadyside hidup kembali untuk membunuh Sam dan rakan rakannya. 

Fear Street Part 2 : 1978 

Sambungan daripada bahagian pertama dimana perkaitan pembunuhan yang berlaku di Kem Nightwing di bandar Sunnyvale pada tahun 1978 dan kebangkitan semula ahli sihir Sarah Fier. Part 2 ni banyak adegan 'slasher' dan sangat ganas.

Fear Street Part 3 : 1666 : 

Bahagian terakhir di mana menceritakan bagaimana Sarah Fier mati dan juga cara untuk menamatkan sumpahan Sarah Fier. Part 3 ni agak boring pada awalnya sebab flashback tahun 1666 dan penceritaan tentang bagaimana sumpahan ini terjadi.

Overall movie ni ok je bagi aku, tapi tidak sesuai untuk tontonan keluarga di sebabkan adanya babak kejam dan explicit content. Nak kata best sangat biasa biasa je tapi part bunuh tu kalau korang tak suka genre 'gore' jangan lah tonton movie ni. Part one dan part two aku masih enjoy tengok tapi part 3 awal movie memang membosankan. 


6 Comment for "Review Netflix Trilogy Fear Street Movie"

saya takut nak tengok kalau ada scene seram yang kejam2 tu

Nampak seram betul. Tak pernah tengok lagi rasanya movie ni. Kena tengok dari PART I baru faham cerita

Boleh masuk senarai tontonan nanti ni. Thanks, Naniey :)

Boleh masuk waiting list memandangkan ada di netflix hehehe. Nice sharing kak naniey.

pembunuhan kejam? this is not for me haha

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top