You don’t have to be big. You have to be remarkable

Buat Swab Test Di Klinik Daddy Greenwood

 Assalamualaikum.. 

Swab Test Di Klinik Daddy Greenwood | Last week hari Sabtu aku sakit pinggang luar biasa. Nak duduk sakit, nak baring pun sakit. Hari Ahad sakit masih tak hilang dan hari Isnin aku dah mula rasa panas panas badan. Check suhu memang demam. Dah lama aku tak demam. Seingat aku last aku demam seminggu sebelum bersalin dan memang warded kat HKL seminggu. 

Hari ketiga (Rabu) demam aku ajak Lurviey pergi Klinik Daddy Greenwood sebab aku dah mula risau suhu on off padahal dah banyak PCM aku telan. Within 6 hour makan PCM tu ok, then suhu naik semula. Sampai kat Klinik Daddy memang ramai orang tengah buat swab test kat luar klinik tu. Ni kali pertama aku keluar sejak PKP diumumkan. Terpaksa bawa Naura juga tapi Naura duk dalam kereta dengan Lurviey. Nak keluar kereta terpaksa aku cakap kat Naura, aduh tangan mommy sakit berdarah, nak jumpa doktor, duk dengan Daddy tengok Boboiboy jap ok? Alhamdulillah nasib baik la dia ok hari tu tau. 

Aku masuk pergi kaunter register dulu. Aku cerita kat kaunter aku nak jumpa doktor dan aku demam tapi sepanjang PKP ni aku tak pernah keluar pun. Dorang suggest buat swab test dulu then baru jumpa doktor. So, aku cakap OK! Bayar RM79 untuk swab test ni. Aku keluar dari klinik tu tunggu turn untuk aku kena swab. Oh ye, aku swab test yang RTK tu je, masuk hidung. Masa turn aku kena swab tu, berdebarnya sebab tak pernah buat swab test kan. Rasa masa masuk hidung tu sejuk berangin je. Dah siap satu lubang hidung, kena masuk sebelah lagi lubang hidung. Lepas dah siap tu, confirm la aku rasa macam nak bersin dan selsema. Siap swab kena tunggu 30 minit untuk result. Sementara tunggu result, aku masuk dalam kereta dulu sebab aku tak nak berdekatan dengan orang yang datang nak swab test juga.

Cukup 30 minit, aku pergi kat khemah untuk dapatkan result aku. Berdebar dan takut betul tapi aku yakin negatif sebab aku rasa demam aku ni macam ada jangkitan kuman. Dapat result syukur Alhamdulillah negatif. Then aku cakap kat kaunter aku nak jumpa doktor. Admin kat kaunter bagitau sekarang ada dalam 5 orang tengah que nak jumpa doktor. Aku cakap aku datang dalam 40 minit kemudian la. Sementara tunggu 40 minit tu, pusing cari makan dulu sebab aku memang tak larat dah nak masak. 

Aku pergi semula kat Klinik Daddy dah tak de orang. Aku masuk bagitau aku nak jumpa doktor. Akhirnya dapatlah jumpa doktor. Then doktor explain pasal result aku dulu. RTK ni kalau bacaan low memang akan jadi negatif dan kalau high memang confirm positif. Then aku cakap, sepanjang PKP diumumkan aku tak keluar ke mana mana hinggalah hari yang aku datang buat swab test. Doktor bagitau mungkin denggi. So kena buat ujian denggi nak tengok bacaan dalam darah. Doktor ambil darah dan bacaan darah aku. Alhamdulillah ok dan bukan denggi. Leganya rasa. Denggi bahaya weh. Aku tak nak warded sebab aku ada anak kecil lagi ni. Platelet aku ok, bacaan darah merah pun normal cuma bacaan darah putih tinggi sikit yang mana ada jangkitan kuman

Doktor prescribed antibiotic untuk aku habiskan dalam masa tiga hari dan jika selepas 3 hari demam masih tak ok, he suggest me to take another swab test yang PCR tu.  Total kena bayar RM132 termasuk ujian darah, PCM 20biji, antibiotic dan ubat lawas kencing untuk 3 hari. 

Hari ni aku masih dalam mode recovering. Alhamdulillah getting better. Cuma ada sedikit batuk. Tetiba pula batuk ni. Demam ni buat aku jadi jadi anxiety dan takut nak tidur sebab risau.Tetiba pula boleh nangis. Mental koyak weh ! Macam mana la orang yang berfikiran Covid itu hanya konspirasi? Tak faham aku macam mana dalam otak dia fikir. Doakan aku recovery 100%. Demam ni aku anggap Allah nak tegur aku untuk rest. Malam untuk rest bukan buat kerja. Setiap hari tidur 2-3 pagi settlekan order memang sakit lah badan kan?

Lupa pula nak bagitau. Aku  puas hati dengan servis di Klinik Daddy. Friendly staff dan doktor pun bagi penerangan yang sangat bagus. Tempat memang sangat selesa. No wonder la ramai orang 😊 .

Klinik Daddy Greenwood 
No 5, Jalan 2, Taman Greenwood Indah, 68100 Batu Caves, Selangor
 
Klinik Daddy Melati Utama
No. 21-G, Jalan Melati Utama 4, Melati Utama, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Tag : emovere
7 Comment for "Buat Swab Test Di Klinik Daddy Greenwood "

Ha k ret slalu g klinik gg dia yg kat tmn melati tu.. Kbtulan dr gg tu anak murid mama uyum.. N dr yg kt klinik reddy tu plk abg dr gg tu.. Drg mmg satu family bisnes perubatan.. Srvis mmg tip top kan..

Eh lupa plk nak tulis.. Semiga naniey cepat sembuh ye dr demam dan batuk.. Take care.. Semoga terhindar dr penyakit2 bahaya k

Alhmdllh baik2 sj..musim covid ni risau jgk kan klu demam ni

Alhamdulillah negatif kak naniey! Get well soon! Saya haritu sakit tekak hidung tersumbat punnn macam macam dah fikir, takut positif >.<

Susah juga tu nak jumpa doktor. banyak prosesnya kena buat. Syukurlah result negative dan bukan denggi. Semoga cepat sembuh. Aaaminnn

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top