Once you choose hope, anything's possible

Watson Milk Yogurt Body Lotion Strawberry Extract

 Assalamualaikum... 

Watson Milk Yogurt Body Lotion Strawberry Extract | Baru berkesempatan nak review Watson Lotion ni. Sebenarnya aku tersalah beli sebab pada mulanya aku ingatkan yang aku order ni body shower tapi bila tengok semula rupa rupanya body lotion. Biasanya kalau body lotion ni aku pentingkan bau dan juga fungsi utama untuk lembapkan kulit. 

Body lotion ni Made in Thailand. Aku baru perasan tadi but no wonder la sebab biasanya lotion with fragrances ni memang selalunya dari Thailand but no worries sebab beli under Watson jadi tak de la keraguan lotion timbang kilo.

Claims  

Watson Milk Yogurt Body Lotion Strawberry Extract is specially created with Hydrolyzed Milk Protein, a great source of Amino Acids to help hydrate and soften your skin. It is formulated with Yogurt to condition and Strawberry Extract enriched with Vitamin C to revitalize. Fortified with moisturizing Shea Butter and Vitamn E, this body lotion brings you radiant, silky smooth skin.  

Review Watson Milk Yogurt Body Lotion Strawberry Extract

  1. Packaging dalam botol pump bersaiz 530ml dengan harga RM13.23 selepas promosi bagi aku sangat berbaloi. 
  2. Bau sememangnya wangi bau masam masam strawberry yogurt yang mana kena dengan piawaian hidung aku. Tapi ada sesetengah orang tidak selesa dengan bau ni. You know yourself better ! 
  3. Lotion ni memang bagi aku memang hydrate aku punya skin. Bila apply waktu malam sebelum tidur bangun next day memang kulit rasa lembut je. 
  4. Bila apply lotion ni cepat kering dan tak rasa macam sticky seperti sesetengah lotion. 
  5. Ingredient boleh refer kat gambar di atas dan lotion ni Made In Thailand. Hehe. 
  6. Overall aku jatuh cinta dengan lotion ni dan sememangnya aku akan repurchase lagi. 

Selain Strawberry ada juga pilihan pisang dan susu dan aku memang tak kan pilih pisang sebab bagi aku macam pening je bau pisang. Korang pakai lotion apa? Boleh aku masuk list untuk try nanti. 



P/S: Sambil siapkan entri ni sambil tengok IGTV Ustaz Ebit Lew menjawab tuduhan dan fitnah daripada Caprice dan Nadir. Allahu.. Takut la dunia sekarang ni dunia fitnah kan. Semoga semuanya baik baik sahaja.




3 Comment for "Watson Milk Yogurt Body Lotion Strawberry Extract "

Saya pakai British Rose Body Yogurt.

TERBAU BAU STRAWBERY , BEST APPLY KAT TGN BAGI KELEMBAPAN

suka jenis lotion tak melekit. baru selesa nak pakai. Bau best pun best jugak pakai

Back To Top