Special Offer

My Acne Journey Part 1: Pengalaman Ngeri Jerawat Teruk

Pengalaman Ngeri Jerawat Teruk, Dermaroller Malaysia, Dermaroller Price, Acne Scars Malaysia, Dermaroller Online Malaysia, Dermaroller Malaysia Review, Dermaroller Watson Malaysia, Dermaroller Treatment Malaysia, Dermaroller Malaysia Murah



اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

[Part 1] [Part 2]

Tak sempat nak update blog sebab fokus kat benda lain. Hari ni nak update pasal 'my acne journey' #acnejourneynbl .Dah baca entri pencuci muka yang saya guna? Boleh baca kat [sini].Kalau yang selalu baca blog ni dari tahun 2010 sampai sekarang mesti tau. Muak eh? Jangan laaa... Nak citer jugak nih. Entri kali ni memang panjang. Kalau malas baca, pandai-pandai la gune teknik scan point-point penting.


Hidup dengan imperfection skin, bila bangun tidur mesti nak belek-belek muka tengok dah getting better ke, ada jerawat baru tumbuh ke, produk yang ditepek kat muka menjadi ke tidak. Sapa macam ni?? Segalanya bermula after dinner kolej 2007. Biasa la perempuan suka make up. Dan saya memang suka make up walaupun hancus. Tak pedulik. Tak tengok tutorial apa pun pakai sebat je kau.. Lepas tu muka dah mula berminyak dan ada la jerawat seketul dua dulu. Kalau sebelum ni memang tak de pun. Grrr.. Tahun 2008, terjebak plak beli Miami sebab tengok kulit member cantik je pakai. Saya pun beli jugak. Tak sampai separuh guna muke dah naik merah-merah and makin teruk. Time ni dah kenal Lurviey and Lurviey dah tegur suruh stop tapi saya tetap nak pakai sebab dah beli. Membazir kot. Student nak keluarkan duit beli bedak miami pun dah rase macam beli brand Chanel! Haha.. Ok. So bile dah teruk sangat saya pun stop. And seterusnya makin teruk dan teruk dan teruk. Produk apa yang saya guna untuk kembalikan semua muka macam sebelum ni? Macam-macam. Produk sendayu tinggi, safi, biore, apa lagi eh.. Banyak.. Tapi tak ingat dah.. Yang ok adalah Safi. Better la sikit. Saya ni plak memang jenis tak sabar. Mula la kalau lambat sangat nak stop cari yang lain. Grrrr.. Lepas tu sempat jugak pergi New York Solution. Melayang duit daku! Tak ok pun.. Sedih!

Balik kampung family, mak cik, cousin pakat duk tegur. Alasan? Stress belajar. Walhal tak stress mane pun. Lol.. Then cousin saya yang doktor ada bagi satu ubat sebab adik cousin saya ni pun time tu muke teruk gile jugak tapi dah clear then suggest pakai pencuci muka lactacyd (sekarang dah tak de daa...yang ada feminine wash je). Memang berkesan! Sempat abis 4 botol jugak saya pakai. Kalau yang ubat cousin saya bagi tu saya tak boleh telan sebab kepala terus jadi pening. Pakai lactacyd tu muka memang jadi bersih gile.. Tinggal parut je la. And also pakai Dalacin-T. Maka dengan amannya masa praktikal muka kalau ada jerawat pun, sebiji dua je then parut tapi tak seteruk sebelum tu. Muke kena kasik bersih sebab nak buat sesi kaunseling, nak berhadapan dengan orang. Dah settle praktikal, muke masih lagi ok.. Keluar tanpa make up pun tak segan sebab parut ada sikit-sikit je.


Kat atas ni muka tahun 2010 zaman sibuk nak cari tempat praktikal. Time ni stress sebab tengah pening nak setting hospital atau kat IPT, last-last dapat kat IPT. Masa pergi praktikal tu muka dah getting better dari ni dah. Masa ni pakai Lactacyd dan Dalacin-T. Tahun 2011 dua bulan lepas praktikal and settle thesis terus dapat keje. Dah dapat keje stress plak. Tapi masih ok. Grad bulan 10 muke masih ok lagi tapi dah mula start macam nak teruk semula.


Tahun 2012 start balik muka teruk. Dah make dah give up dah nak cari produk itu dan ini. Sumpah dah give up sebab tak tahu apa lagi nak tepek. Time ni masih belum terjebak lagi dengan online shop, kalau tak habis produk me cuba. Then try sebamed tak jalan. Time ni pun dah malas nak pakai anything kat muka. Memang cube up kan sendiri keyakinan diri walaupun sebenarnya down. Keluar pergi keje, naik tren tanpa apa-apa. Then pakai semula sabun yang warna hijau kat kedai India. Tak ingat sabun apa tapi Lurviey cakap bagus. Ok la bagus. Berkesan. Macam-macam jugak gune sampai beli serum tapi macam lambat pulak. (Susah kalau jenis yang kurang sabar ni kan? Lol)

Tahun 2013 dah mula plan nak berhenti keje, nak cari keje lain. Last-last berhenti keje sendiri. Stress dah kurang sikit sebab no more monday blues, no more 9-5 life. And masa yang terluang saya suke tengok youtube till one day tengok Daiser share pasal kulit die yang sangat teruk and apa die buat sampai parut yang teruk tu hilang.. DERMAROLLING. Dan gigih pulak saya cari info pasal derma rolling ni masa tu.. Satu session mak aihhh mahal nye.. Boleh bayar dua bulan untuk hostel. Lupakan dulu.. Then cari lagi and tengok review and rupanye derma rolling ni boleh buat sendiri je kat rumah.


Tahun 2014 after raya start beli dermaroller untuk home treatment saiz jarum 0.5mm. Excited gile lepas gune nampak result terus buat lagi. Alhamdulillah getting better. Jerawat memang ada time menses and time kurang minum air. Dah dapat tackle masalah jerawat. Boleh baca entri [14 Zon Kulit Wajah Yang Anda Perlu Tahu] . Gambar kat atas yang sebelum sebelah kanan gambar masa raya 2014 dan gambar yang sebelum sebelah kiri adalah gambar tahun 2014 masa first session guna dermaroller saiz 0.5mm.  

Tahun 2015 bulan Feb dah upgrade dari 0.5mm to 1.0mm sebab nak bagi hilang parut yang berlubang tu. Alhamdulillah berkesan. Without any serum or any cream. Just pelembab je. Pelembab penting untuk kulit. And before this tak ambil tau pun. Bile tengok Mia (youtuber) cakap betapa pentingnya terus beli. Play Safe, beli yang murah dan mampu milik. Safi (mula-mula beli yang tudung biru now pakai yang tuding hijau) Tu je. Malas nak fikir produk lain dah setakat ni sebab nanti nak settlekan masalah parut jadi pulak masalah jerawat kalau salah pakai. Oh ye, satu lagi pakai pobling pore cleanser also saya perasan dah jarang da naik jerawat baru kecuali menses or kurang minum air. Kesimpulan, hanya orang yang ada masalah kulit jerawat parut je yang tahu macam perasaan down tu macam mane. MASALAH TERBESAR BAGI SAYA SEKARANG ADALAH KURANG TIDUR (3 JAM JE TIDUR AND MEMANG TIDUR LEWAT TIGA PAT PAGI TAK PUN TUNGGU LEPAS SUBUH AND KURANG MINUM AIR KOSONG SEBAB SAYA PREFER MINUM AIR SUAM KALAU NAK MINUM BANYAK-BANYAK. Grrrr. Tunggu part 2 untuk parut berlubang pulak. How dermarolling or microneedling membantu menyelesaikan masalah parut berlubang. Till then, thank you.




2 Komentar untuk "My Acne Journey Part 1: Pengalaman Ngeri Jerawat Teruk"

Terima kasih sudi share. Sy pun ada mslh sama dgn awak...down je..mohon guide sy :'( derma roller hrga bpe ye?

@Chin Kembaq Derma Roller RM90 untuk 540 needles.

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top