You don’t have to be big. You have to be remarkable

Cari Makan Di Kak Ju Nasi Dagang

 Assalamualaikum... 

Kak Ju Nasi Dagang | Pagi macam ni teringin betul nak sarapan makan nasi dagang. Nak buat sendiri? Memang tak reti tapi macam teringin nak cuba buat tapi takut tak jadi pula. Kalau sebut nasi dagang, aku suka nasi dagang Terengganu yang warna putih daripada nasi dagang Kelantan yang beras merah tu. Makan pula dengan gulai ikan kuah banjir. Fuhhh.. Sedapnya wehhhh... 

Masa balik kampung last time aku sempat try nasi dagang di Kak Ju Nasi Dagang. Sebelum ni lalu je depan kedai ni. Tapi hari tu masa pergi beli kepah aku teringin nak cuba. Dulu kedai Kak Ju Nasi Dagang ni ada di sebelah jalan sahaja. Sekarang ada di kedua dua belah jalan. Maksudnya kiri dan kanan jalan tu memang ada kedai Kak Ju dan orang sentiasa ramai. Andai kata korang jalan jalan ke Pasir Puteh, Kelantan, boleh la singgah sini kalau nak try nasi dagang. Hehe.. 

Nasi dagang Kak Ju ni memang menepati citarasa aku. Sedap. Yang penting kuah kena banjir. Memang kenyang satu bungkus. Time lapar rasa macam tak cukup je satu bungkus. Kalau area KL ni nasi dagang yang sedap kat Johan Kg Baru, tapi aku last time aku pergi kedai tu tak buka dah sebab pekerja dia orang Thai. Maybe tak lepas masuk sempadan kot. Dan yang paling aku tak boleh lupa yang rumet aku belanja. Dia beli kat pasar malam. The best nasi dagang yang pernah aku makan. Bau gulai tu lekat kat tangan sampai esok pagi lah !

Teringat masa papa sihat dulu, kalau aku balik time cuti sem mesti ajak papa pergi Jertih cari nasi dagang kat foodcourt. Aku dengan papa je yang selalu makan nasi dagang. Yang lain order makanan lain. Rindunya time papa sihat dulu.

Kalau korang jalan jalan Kelantan boleh cari Kedai Kak Ju Nasi Dagang ni kat sini ye 

Kak Ju Nasi Dagang
Jln Melawi - Semerak, 16700 Cherang Ruku, Kelantan

 


8 Comment for "Cari Makan Di Kak Ju Nasi Dagang "

suka gak nasi dagang tp mslhnya x suka kuah ikan tongkol tu ahhaa... klu bole nak cari lauk ayam hehe

seumur hidup shida..xpernah lg mkn nasi dagang naniey huhuu

Sedapnya nasi dagang..akak suka..lagi satu nasi air dingin tu...sedapppp

Nasi dagang kuah banjir memang best!

lama x pekena nasi dagang. teringin plak lepas tgk gambar naniey ni

Sedap nasi dagang tp tak dpt kt utara ni huhu

Pertama kali makan nasi dagang sewaktu rombongan ke Terengganu zaman sekolah menengah dulu. Setiap hari pagi-pagi sarapan nasi dagang. Sampai sekarang memang suka nasi dagang Terengganu.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top