You don’t have to be big. You have to be remarkable

Marilah Membela Kaktus Dan Sukulen

 Assalamualaikum .. 

Marilah Membela Kaktus Dan Sukulen | Beberapa tahun lepas aku memang pernah beli dan jaga pokok kaktus dan sukulen tapi malangnya ianya tidak bertahan lama.  Memandai je entri tu aku buat Tip Menjaga Kaktus . Lastly mati jugak .. Sedih ! Sebenarnya aku ni memang suka pokok pokok hijau tapi duk rumah langit ni memang tak berapa rajin la nak membela pokok pokok ni disebabkan balkoni tak besar mana pun. Jadi alternatif lain yang ada, adalah pokok kaktus dan sukulen. Jimat ruang. 

Pokok kaktus aku belum ada sebab aku belum order. Masih mencari cari lagi ni. Pokok sukulen aku dah last week. Aku order kat shopee je pokok ni dan silapnya aku pergi pilih courier citylink. Fuhh, servis sangat teruklah ! 5 hari baru sampai pokok aku. Nasib baik pokok aku ok (walaupun pasir pasir ada yang dah keluar daripada pasu), sebab pokok jenis ni memang tahan lasak cuma walaupun lasak kalau salah cara penjagaan memang mati juga. 


 

Yang spesis bentuk macam Aloe Vera ni memang aku suka. Cantik sangat mata memandang. Tapi nama penuhnya aku tak tahu. 

Aku berharap yang jenis ni pun dapat bertahan. 

Yang ni aku suka, dan kalau tanam dalam pasu besar banyak-banyak mesti cantikkan? Aku nak kena beli pasu besar sikit sebab ada yang dah tak muat pasu. Ada 3 jenis ni je yang lain, 7 lagi seller bagi spesis yang sama. Pokok ni aku beli dengan harga RM2.39/pc. Rak comel mydin tu pula aku beli dengan harga RM27.63 selepas tolak voucher.

Rak comel tu aku beli kat Shopee Mydin. Nak beli juga, boleh beli kat sini -  
 
Pokok Sukulen ni aku beli dengan seller kat sini - 

 

Aku harap pokok sukulen aku kali ni dapat survive membesar dengan elok. Banyak lagi nak kena cedok ilmu kat facebook group kaktus dan sukulen ni. Kat situ ramai yang kongsi cara penjagaan.



Tag : gardening
4 Comment for " Marilah Membela Kaktus Dan Sukulen "

Cantik la..kat rumah akak ni ntah bila la nak ada semua ni...cantik plak naniey buat..

Wah, selepas ni berserilah sudut tu dengan katus dan succulents. Nanti boleh buat terrarium pula...

cantiknya.. mama suka tapi x pandai jaga la

Rumah tak ada kucing sesuai lah huhu. Mmg cantik bt hiasan dlm rumah

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top