You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kenduri Kahwin

 Assalamualaikum...

Kenduri Kahwin | Lama sungguh tak pergi kenduri kahwin. Last pergi rasanya dua or tiga bulan lepas. Semalam pergi kenduri kahwin kat Dewan De'Orchid kat M3 Mall ikut mama. Intan payung la yang paling happy  bila pergi orang kahwin. 


Semalam baru dapat melaram baju yang Aunty Aini (biras) bagi lepas balik dari honeymoon last year. Baju batik memang sesuai la pakai attend majlis kahwin macam ni. Aku nak sedondon warna dengan intan payung tapi tu la baju makin mengecil. Kena kurangkan makan rasanya. Azab sangat dah berat ni.

Lauk kenduri semalam semuanya sedap dan boleh cedok sendiri. Jadi bila dapat cedok sendiri berpada padalah. Aku suka cedok sendiri sebab boleh pilih bahagian yang aku suka. Jadi tak de la pembaziran. Bubur pulut hitam je aku tak boleh telan sebab ada campur dengan durian. 

Intan payung dah boleh makan sendiri dah Mommy boleh makan dengan tenang. Hehe.. Dah siap makan, kononnya nak makan ais krim, tapi dah habis pula. Teringa pinga jap muka Aryan bila aku cakap ais krim dah habis. Nasib baik Aryan tak nangis. Selesai kenduri kahwin, terus ke rumah nenek. Lepak rumah nenek sampai malam. Alhamdulillah... 


P/S : Nak buat kuih bakar labu tapi malas betul nak bergerak 🤭





Tag : emovere
8 Comment for "Kenduri Kahwin"

eh eh eh... adik beradik sedondon... i like!

cantik background belakang tu , macam diy dari kulit telur kn

la akk tk suka durian ke? rugi laa.. hehhe

Comelnya bila sedondon gitu.. Sha pun suka kalau boleh cedok sendiri, kita makan apa yang kita nak sahaja.. Tak adalah pembaziran..

musim cuti sekolah ni siap laa
jemputan kahwin sana sini
sy pun suka cedok sendiri
sbb kita tahu berapa byk nak mkn...

selalu plan nak diet ni musnah bila sampai kenduri kawin

Sesekali pergi kenduri kahwin rasa best kan. Rindu nasi minyak. Kalau pemanis mulut tu selalu je cepat habis sebab ramai kadang ambil berkali kali. Senanglah macam ni masing masing dah besar boleh berdikari makan sendiri.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top