You don’t have to be big. You have to be remarkable

Buku Koleksi Doa Harian Kanak Kanak

 Assalamualaikum.. 

Buku Koleksi Doa Harian Kanak Kanak | Balik dari kenduri minggu lepas, ajak Lurviey pergi Ninso sebab nak cari ensel dan bila dah masuk kedai saka ni memang habis seluruh kedai la kena pusing. Sebab tu bila masuk kat sini kononnya dalam list nak beli lima barang je tapi bila bayar sampai dua puluh barang. Lari bajet walaupun sebenarnya berbaloi baloi sangat nak beli cuma dalam keadaan ekonomi sekarang ni kena kira kira dan dahulukan benda yang perlu sahaja. Hehe... 


Aku suka bahagian buku buku dan dan aku sangat impressed dengan harga RM2.40 boleh dapat buku latih tubi yang sangat cantik, buku cerita dan buku belajar membaca yang sangat sangat murah dibandingkan zaman aku dulu nak dapat memang mahal. 

Bahagian art ni pun aku suka. Kalau dulu masa study uni dan ada satu subjek ni memang kena buat buku scrap tau dan bahagian untuk deco deco buku scrap aku dulu, aku beli kat MR DIY dan MPH je. Sekarang boleh beli kat Ninso atau Eco Shop je. Macam macam pilihan ada dan harga memang menjimatkan poket.

Aku tertarik dengan buku Koleksi Doa Harian Si Kecil di mana mengandungi doa amalan untuk kanak kanak. Teringat dulu masa sekolah rendah belajar doa pakai baju, doa tengok cermin tapi tak praktikkan pun. Hanya Bismillah sahaja. Korang ingat tak doa pakai baju macam mana??

Dengan harga RM2.40 sahaja boleh dapat buku bergambar yang pastinya menarik minat anak anak untuk membaca dan belajar serta menghafal doa amalan harian ni. Kalau kat Shopee dan Lazada harga antara RM6-RM10 untuk buku yang sama seperti aku beli ni. Cuma bezanya tiada detail keluaran dan cetakan sahaja. 

 

P/S: Busy sangat minggu ni. Bulan ni dapat update berapa entri sahaja. 

 

 

Tag : review buku
0 Comment for "Buku Koleksi Doa Harian Kanak Kanak "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top