You don’t have to be big. You have to be remarkable

Asam Pedas Claypot MarQaz

 Assalamualaikum.... 


Asam Pedas Claypot MarQaz | Tak puas menikmati asam pedas kat Melaka hari tu, Isnin hari tu, aku ajak Lurviey makan asam pedas kat MarQaz. Tapi kat sini bukan asam pedas Melaka tapi Johor style. Kalau korang teringin masakan Johor datanglah makan kat MarQaz ni.

Selain asam pedas, ada juga masak lemak cili api tapi aku tak pernah try masak lemak cili api kat sini. Waktu breakfast ada macam macam MarQaz ni. Waktu weekend memang sentiasa penuh dan yang datang makan kat sini bukan orang sekitar sini je, ada yang dari Puchong, Bangi yang datang breakfast kat sini. Kata mereka teringin nak cuba sebab viral kat facebook.


Harga asam pedas boleh rujuk di atas dan harga lauk tidak termasuk nasi putih.


Asam pedas ikan pari dia memang sedap. Asam pedas Johor dan Asam pedas Melaka memang ada beza rasanya dan bagi tekak aku dua dua sedap. Asam pedas Melaka rasanya lebih pedas tapi balance manakala asam pedas Johor ni masam masam pedas. Cuma bila aku masak asam pedas tak jadi pula rasa macam yang macam aku makan ni.


Nasi ayam penyet kat sini Lurviey cakap sedap tapi still prefer nasi ayam penyet kat Restoran Changkat Ria. Sambal dan kicap dia tak berapa sangat dengan tekak Lurviey. 

 
Nasi ayam pula bagi aku tak berapa sedap dan kalau order memang intan payung makan tak habis. Aduh satu hal pula mommy daddy nak kena habiskan. Tapi nasib baik ada ayam goreng kunyit ! 
 
 
Nasi putih dan ayam goreng kunyit memang penyelamat sangat. Jadi bila nak makan asam pedas kat sini aku tak perlu risau sebab ada ayam goreng kunyit tapi masakan bergoreng ni ada jam 4 petang ke atas sahaja. Ayam goreng kunyit dia murah dan banyak. 
 
 
Kailan goreng biasa sebagai pelengkap hidangan. Sangat sedap dan memang menambah nasi lagi. Lol ! 
 
 

Sambil menunggu makanan masak, intan payung nak makan sate pula. Jadi order la satay sikit je sebab nak makan nasi pula lepas tu. Eh kebetulan sate siap bila nasi pun siap. Sate agak mengambil masa yang lama pula untuk siap walaupun order 5 cucuk je dan a bit pricey sebab saiz sate kecil je.
 
 
Geram pula tengok pokok fiddle fig ni. Cantik elok je. Rumah aku ada juga tapi yang artificial je la. Hehe.
 
 
Cantik lukisan dinding ni. Fave spot Naura dan Aryan bila datang sini. Sibuk la nak bergambar kat sini. 
 
Overall aku sangat recommend korang datang kat MarQaz ni sebab makanan dia sedap, cozy environment lagi lagi kalau waktu malam. Kalau korang buntu nak breakfast kat mana dan teringin makanan Johor boleh datang makan kat sini. Next time aku share sarapan kat sini. 


MarQaz
Lot 423, Lorong Haji Mohd Sharif, 
Taman Melewar, 68100 Batu Caves, Selangor
Buka Selasa Hingga Sabtu (Selasa Cuti)




P/S : Raya cina korang ke mana?


7 Comment for "Asam Pedas Claypot MarQaz "

Sedapnyaaaaa asam pedas..kebetulan akak ada beli ikan mayong..nak buat asam pedas la...

peminat asam pedas wajib singgah ke asam pedas claypot marqaz

Sha pun suka asam pedas.. Melaka ke johor ke.. Dua-dua sedap dan disukai..

uiiii
ada telur ikan mayong tu
fuhhhhhh
my fav!

saya lagi suka stail Johor maybe sebab tak berapa tahan pedas

Lauk favourite ni asam pedas. Tapi tulah tak dapat nak bezakan asam pedas johor dan melaka. Walaupun orang johor tapi tetap tak tahu. Bagi saya pun dua² sedap. hihi...Nampak kuahnya pekat betul. Lagi sedap masak dalam claypot tu.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top