You don’t have to be big. You have to be remarkable

Atlantis Residence Melaka Selesa Mewah Dan Murah

 Assalamualaikum... 


Atlantis Residence Melaka Selesa Mewah Dan Murah | Belum habis lagi kisah Melaka. Selepas makan tengahari di Warong Benua, singgah sekejap di Zoo Melaka tapi tak masuk pun. Lepas tu terus ke Pantai Klebang dan tapau Coconut Shake sebelum check in di Atlantis Residence Melaka yang teletak di Taman Kota Laksamana. Sebenarnya ni kali kedua kami bercuti di Melaka dan menginap di Atlantis Residence ni. 


Swimming pool yang besar ni juga merupakan salah satu tarikan family staycation kat sini bawa anak anak mandi pool. Mama pilih sini pun sebab nak cucu mandi pool sampai puas.


Masuk rumah pilih bilik. Bilik ada 3 dan setiap bilik memang besar. Ni bilik aku anak beranak. Sangat selesa. Bilik adik ipar pun dua katil queen dan bilik mama katil queen dan katil single. Bilik aku dan adik ipar ada toilet dalam bilik dan bilik mama tiada toilet dalam bilik. 


Ada meja snooker juga dan yang main Aryan dan Naura. Aryan kutip bola masukkan dalam lubang. Kakak tukang kutip bola.


Bahagian ruang tamu ada tv, dan tvbox. Yang paling penting WiFi. Hehe.. Yang tengah berehat tu adik ipar dan isteri. 


Bahagian dapur lengkap dengan peti ais, water dispenser, ada juga mesin basuh. 


Ada slot games machine. Beria la intan payung ni main walaupun tak faham apapun. Aku sempat main yang fighting tu kejap. Mengimbau zaman kanak kanak main video game kat tv sampai rosak le tv kat rumah. Hehe.. 


Dah check in, tunggu apa lagi. Turun ke swimming pool ler. Last time datang, Naura je yang mandi tapi kali ni Aryan pun mandi sekali sebab aku baru beli swimming suit untuk dia. 


Puas hati sebab kali ni dapat mandi lama. Mommy pun ambil kesempatan la main air juga. Huahaha. Esok ingatkan dapat main tapi kena check out jam 11 pagi. Nasib baik intan payung dengar dan terima penjelasan dari mommy. Hehe.. Satu malam yang sangat selesa dengan harga RM250 di Airbnb. 



P/S : Nak staycation dalam KL/Selangor tapi tak tahu mana yang best. 



12 Comment for "Atlantis Residence Melaka Selesa Mewah Dan Murah"

harga pun ok jugak tue, cantik swimming pool tue , terjaga bersih

Berbaloi sangat ni, cuma RM250 ada 3 bilik dan lengkap kemudahan.
Paling menarik, tentulah swimming pool besar tu.
Yang tak best, awal pulak ya waktu check out.

Kalau tak silap tahun lepas pernah menginap di Atlantis Residence ni.

Nampak lapang dan luas ruang tamu.
Siap ada mesin permainan. Jarang jumpa untuk rumah penginapan.

Harga berpatutan untuk 3 bilik besar.

Uishhb menarik sangat tu.. swiming pool besar.. ada snooker dgn game arcade dlm rumah.. Acecce mengimbau yer mesti nakal2 ni masa kecik hahahaha :D

Nampak menarik juga menginap kat sini. Luas biliknya dan ada pool yang cukup theme park mini untuk anak-anak.

besarnya kolam.. mesti best terjun terjun.. homestay pun besar :D

Hamboih! Ada snooker & game bagai...? Boleh buat port ni!

memang besar dan ada slide. jangan kata budak-budak, kita pun teruja

Bestnya..bilik besar, kolam besar..nikmat apa lagi nak didustakan ye tak..

Luas dan selesa. Harga pun okay sangat. Paling puas tu lah kan mandi di swimming pool.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top