You don’t have to be big. You have to be remarkable

Shawarma Sedap Di Greenwood Gombak

 Assalamualaikum... 


Shawarma Sedap Di Greenwood Gombak | Akhirnya ada juga Pak Arab buka kedai Shawarma Greenwood Gombak ni. Kalau sebut Shawarma memang aku cari yang arab punya sebab rasanya sangat berbeza jika dibandingkan dengan Melayu dan Mamak. Tekak aku la. 


Last week Lurviey ajak pergi beli Shawarma kat Greenwood, kedainya berderet dengan shop lot farmasi, kedai buku, bersebelahan dengan kedai kasut. Kebetulan intan payung keluar dengan Uncle dan nenek pergi beli biskut kat Sri Gombak jadi aku follow Lurviey pergi tengok stok kerusi yang akan masuk stor next week.

Aku semestinya pilih daging dan Lurviey ambil ayam.


Kedai masih belum set up sepenuhnya lagi sebab dorang baru je buka. Di sebabkan tak ramai orang masa ni boleh la aku ambil gambar. 
 

Ada kad juga kat sini. Dah penuh cop nanti boleh redeem free. Jimat kan? 


Senarai harga makanan yang available rujuk gambar pertama. Bagi aku tersangatlah murah makanan kat sini dan yang penting sedap. Cukup rasa !! Sangat mengenyangkan. 

Kepada warga Gombak yang teringin makan Shawarma, kini korang tak perlu lagi ke Ong Tai Kim nak cari Shawarma sebab kat Greenwood pun dah ada. Kalau area OTK tu, Shawarma sedap di Al Dayeh. 


Shawarma Greenwood
No 17C  Jalan 10 Taman Greenwood
68100 Batu Caves
Selangor



P/S: Next time nak try Mandi Chicken pula. Nanti aku review 🙂



8 Comment for "Shawarma Sedap Di Greenwood Gombak "

betul, biasa yg pak arab buat rasa lembut dan sedap.. terasa sampai ke jiwa.. kat tempat ldy ade org Palestin.. dulu.. tp rasa dah balik ke palestin.. :(

Sama la dengan uncle... cari yang arab punya... baru jadi!

confirm sedap ni.. Cuya belum pernah try, tapi makanan arab memang sedap

Wah.. Menarik.. Best kalau dapat jumpa yang sedap..

kalau garlic sos dia sedap means semuanya akan jadi sedap hehehee

teringat pulak shawarma kat Ampang. nyum..lama tak makan

Tengok poster macam banyak isi, tapi yang beli macam kurang sikit. Biasalah macam tu kan, iklan indah rupa. Bagus jugak tu ada kad boleh kumpul cop. Itu yang buat berkali kali beli, tambah pulak kena dengan selera.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top