You don’t have to be big. You have to be remarkable

Bunuh Cencurut Dengan Ridset

 Assalamualaikum...

Dua hari sepi tanpa entri. Betul betul tak larat nak tengok blog. Hari ni baru dapat tengok blog dan update...


Bunuh Cencurut Dengan Ridset | Segar biji mata aku bila mana sedang syok tengok movie tetiba bunyi cencurut dalam rumah. Haishhh tak tenang hidup aku dan aku perlu buat sesuatu. 

Kredit : Google

Masa aku masak untuk lunch semalam, Naura ada bagitau nampak tikus masuk dalam bilik mainan tapi tu la makhluk halus macam ni pandai menghaluskan diri. Aku relax je la dengan menyedapkan hati walaupun sebenarnya kepala otak aku berfikir dan risau. Segala lubang dan tutup dalam rumah ni, mana datangnya cencurut ni. 

Masa aku tengok movie tu aku dengar bunyi cencurut tu area meja makan sebab satu sudut tu memang ada letak satu meja dan bawah meja tu ada box. Bunyi tu datang dari arah tu. Aku letak perangkap lalat dan lipas yang macam sticker tu kat situ dan sambung tengok movie. Tengah syok tengok movie aku dengar macam ada pergerakan. Aku ingatkan Lurviey then aku bangun tengok cencurut melekat kat sticker tu. Aku panik jap cuma fikir macam mana nak buat dan belum sempat aku serkup dengan tong sampah, cencurut berjaya lepaskan diri. Lurviey tengok macam mandur je wehhh... Geram pulak aku. 

Sepanjang proses penangkapan cencurut ni, Lurviey jadi pemerhati sahaja dengan alasan kepala tengah sakit. Haishh.. Padahal geli or takut la tu kan. Aku geli dan takut tapi kalau tak de orang buat siapa lagi nak buat. 🧐

Terpaksa la aku alihkan semua barang kat meja tu dan juga meja makan dan aku susun strategi. Bila dah alihkan semua baru nampak suspek cuba melarikan diri dan masuk kat plastik terus aku serkup dengan tong sampah. Lepas tu ada lubang kat tong tu, aku sembur ridset.  Siang nanti la aku fikir macam mana nak buang cencurut tu. Mati ke tidak aku tak pasti. Tadi aku check tak de movement dah. 

BERKESAN KE BUNUH CENCURUT DENGAN RIDSET? TIDAK ! 


Untuk membunuh serta merta tak berkesan langsung. Next day pagi, aku check elok je dia gerak lagi. Petang tu pun ada lagi. Terpaksa la aku biarkan begitu dan kononnya nak beli racun tikus tapi terlupa. Hari kedua pagi tu dia dah mati dah. Lega aku sebab dah boleh kemas rumah. Seram la binatang perosak macam ni. 


P/S : Aku tak biasa rumah ada binatang macam ni jadi aku tak ambil tahu sangat? 

Tag : emovere
8 Comment for "Bunuh Cencurut Dengan Ridset"

Kalau dia masuk almari nak buat sarang, habis kain baju digigitnya hingga berlubang2

Aduhaii si tikus ni ..kalau masuk rumah kacau bilau dibuatnyaa .

cie pernah juga mengadap cencurut ni masuk ikut saluran lubang air washing machine. hari2 pulak tu dia masuk. stress kita ni bangun pagi dengar bunyi. dan la 2 hari masuk husband terus tutup lubang tu. baru la takde kemasukkan dah.

geli gelemang dengan tikus.. baunye pun sudah membuatkan kepala hati limpa semua pening.. :D

Kalau kat luar rumah bunyi dia memang kuat......

Fuh, lega sangat bila akhirnya suspek mati 😄

Saya pun baru berpindah ke rumah yang ada macam-macam makhluk. Mula-mula geli, sekarang dah biasa dan berani sebab terpaksa.

memang stress sebab cencurut ni lari laju. geli betul. so far saya berani tangkap lipas je

Memang tak tenang kalau dah ternampak atau terdengar bunyinya. Eh macam lambat jugak kesan dia kan.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top