You don’t have to be big. You have to be remarkable

AZ Coconut Shake

 Assalamualaikum

AZ Coconut Shake | Seminggu dua ni cuaca panas betul sampai sakit kepala. Tempat korang panas tak? Bila panas ni kena minum air banyak dan lagi sedap kalau basahkan tekak dengan minuman sejuk. Hehe. Bila nak tuyus kalau minum manis je. 


Semalam sambil hantar barang kat Gombak Parcel, then berhenti depan AZ Coconut Shake ni dan Lurviey cakap nak  beli dan rasa coconut shake kat sini pula. 

AZ Coconut Shake terletak di Kampung Simpang Tiga, Batu Caves. Lurviey sebenarnya tak puas hati dengan coconut shake Klebang hari tu sebab ada texture kelapa gitu. Katanya tak suka, tapi rasanya tetap sedap lemak lemak manis gitu sebab guna ais kri, Walls. 

Bagi aku AZ Coconut Shake ni sedap je bagi tekak aku. Harganya pun murah juga. RM4 sahaja. Boleh la beli lagi kan? Cuma lemak tu kurang sikit. Itu je. Tapi kan dorang dapat banyak positif feedback tau. Alhamdulillah. 


P/S: Malam ni hujan tapi tetap rasa panas. Kena servic AC cepat ler jawabnya.. 

8 Comment for "AZ Coconut Shake "

kat Perlis pun panas terik , dah beberapa hari ni , sampaikan sakit kepala dibuatnya , kena banyak-banyak minum air

Bestnya minum coconut shake time panas-panas ni.

Kurus dengan air manis tu memang musuh ketat! hehehe

Ni yang rasa rindu nak cari coconut shake!
Sedap kan...

Betul..cuaca panas sanga2 sekarang..bygkan kalaunsiang kat dalam ward masa jaga mak pah...hospital tu bukan ada aircond pun..ntah bila nak ada x tau la

Cuya dahlah tengah teguk air manis
pastu akk mention bila nak kurus... Pang! Tertampar diri sendiri. HAHAHA

Panas-panas ini, syok kalau dapat air kelapa..

Murah jugaklah tu. Okaylah kalau nak buat lepas teringin tekak nak minum coconut shake. kalau ramai bagi feedback ok maksudnya okaylah tu kena dengan selera ramai.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top