You don’t have to be big. You have to be remarkable

Street Barista Di Cafe Markisa

 Assalamualaikum...


Street Barista Di Cafe Markisa | Dah makan Pizza Oven Kayu Api mestilah kena minum air. Meja kami duduk berhampiran dengan Street Barista ni. Jadi kami order minuman kat sini je. 

Dah namanya pun Street Barista, comfirm ada jual kopi. Apa lagi, aku order Hazelnut Coffee, Lurviey order Matcha Tea, dan anak aku Milo Dino, mama adik ipar dan biras order air markisa. Minuman di taja oleh adik ipar. 


Hazelnut Coffee of course rasa nutty. Bagi tekak aku sedap dan yang penting kena ada rasa pahit. Lurviey cuba coffee aku terus dia kata 'tak faham sebab aku boleh minum pahit macam tu. Rasa macam arang katanya'. Lol... Lurviey order Matcha tapi dia kata tak sedap dan not worth for him. Aku tak sure la kat sebab Lurviey bukan jenis orang minum coffee or tea macam ni. Air markisa aku lupa nak snap masa ni. 

Yang ni milo dino untuk Naura dan harganya RM15. Lurviey kata quite pricey for milo dino ni. Lurviey kata milo dino ni guna fresh milk. Naura minum sikit je dan selebihnya Lurviey yang habiskan sepanjang perjalanan balik KL.

Lepas mama solat dan nak gerak balik, aku tetiba teringin nak rasa  air markisa sebab rugi pula rasanya bila datang tapi tak order signature drink kat sini. Aryan minum banyak air markisa, paww air nenek dan aunty punya. Aku order Peach Markisa. Rasanya segar dan masam masam. Sumpah, so refreshing !! Korang wajib cuba air markisa kalau datang kat sini. Korang boleh order juga kat Cafe Markisa sebab kat situ bekas dia lagi besar tau. 🙃



P/S: Masih tak boleh move on dengan air markisa.



8 Comment for "Street Barista Di Cafe Markisa "

Oooo... Ingatkan barista ni kerja bancuh kopi je....

Ah tetiba saya teringin nak minum SPanish Latte.

Sedapnya air markisa tu. Terasa pulak masam2 dalam mulut. Hihi

Saya pun nak minum peach markisa!

Pelbagai pilihan minuman yang ada bukan setakat kopi jer kan . Harga pun berbaloi dengan minuman

boleh bayangkan rasa peach markisa tu. mesti sedap

Air Markisa tu sedap... kalau di sini kami panggil buah oreng..

Air Markisa selalu beli kat Aunty Anne Pretzel. Sedap jugak.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top