Random From The Past #2

 Salam Semua


 Kapan Waktu Aku?


Best kan kalau dapat bersantai bersama keluarga/orang tersayang petang-petang macam ni. Tapi tak ramai yang macam ni. Meriah je kalau tgk dlm gambar tu kan. Spent time dengan family and at the same time dapat merapatkan lagi family bonding tu. Kalau family bonding da tak de susah la der. Tetiba je nak wat macam karangan sekolah rendah pasal punca-punca masalah sosial dan kesannye. Ciss.. But it's FACTs.



Taman permainan sinonim dengan kanak-kanak kan. Tapi me kalau pergi kat sini first aku akan cari buai la. Ushar dulu kalau ada peluang yang cerah aku pergi la main. Tapi kalau xde peluang tgk macam ramai sgt budak dok main buaian kena la tunggu turn kan. Kadang tu aku sanggup tunggu dorang balik sebab nak naik jugak buaian. Buaian make me free and seperti aku melepaskan segala masalah yang ada kat bahu aku. Huh...  Rimas kan kalau ada banyak sgt benda yang belom settle.



Tadaa... Gambar ni aku sangat suke sbb gambar seorang ibu yang pimpin tangan anak die kat taman permainan. So sweet kan.. Petang-petang bawak anak-anak ke taman permainan da penat main datang plak pak cik ais krim jual ais krim. Time tu la merengek nak makan ais krim kan. Bukan anak je yang makan, ibu pun join sekali. It's good untuk dedahkan kanak-kanak kat dunia luar lagi-lagi waktu petang macam ni. Kasik die tgk apa kat dunia luar and apa kanak-kanak sebaya dengannye buat time petang. Bukan duk rumah ajar anak main online games, tgk tv citer kartun tak bergerak-gerak. Sudahnya anak tak reti nak bersosial dan hanya tahu berkomunikasi dengan mesin je. Last skali bile besar sakit mental. Sapa yang susah?? Sekian


P/S: Tak sabar nak ada anak jugak :P


0 Komentar untuk "Random From The Past #2"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top